Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.mar.kan] | منچمرکن

Definisi : 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.mar.kan] | منچمرکن

Definisi : 1 menyebab­kan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengeji­kan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencemarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
desecratecemarkanSejarahTiadaPerbuatan mengotorkan atau mencemarkan sesuatu yang suci atau orang untuk tujuan tertentu.
pollutantpencemarFarmasiTiada1. Sesuatu yang mencemarkan.,2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera.
impuritybendasingPerubatanTiada2. Bahan asing yang mencemarkan.
industrial wastesisa perindustrianPerubatanTiadaBahan yang tidak berguna, lazimnya beracun, dan mencemarkan persekitaran, yang terhasil daripada kegiatan perindustrian.
industrial sewagekumbahan industriPerubatanTiadaBahan atau cecair yang tidak berguna dan boleh mencemarkan persekitaran, yang terhasil daripada kegiatan perindustrian.
ecofriendlyendah alam sekitarKejuruteraanTiadaKeadaan sesuatu aktiviti, proses, dan keluaran yang tidak mencemarkan alam sekitar.
acid hydrolysishidrolisis asidKejuruteraanTiadaKaedah menukarkan selulosa dalam sisa bahan api tak mencemarkan, contohnya etanol.
industrial wastesbahan buangan industriKimiaTiadaBahan yang tidak berguna, lazimnya beracun dan mencemarkan alam sekitar, yang terhasil daripada kegiatan perindustrian. Misalnya, sebatian fluorida yang didapati daripada industri aluminium.
environment friendlyendah alam sekitarKejuruteraanTiadaKeadaan sesuatu aktiviti, proses, dan keluaran yang tidak mencemarkan alam sekitar.
ashabuMeteorologiMeteorologi PerhubunganBahan pepejal tak terbakar yang dibebaskan apabila sesuatu bahan terbakar. Sebahagian kecilnya terlepas ke atmosfera dan mencemarkan udara. Jumlah dan purata saiz abu yang masuk kedalam atmosfera bergantung pada halaju aliran gas yang keluar daripada cerombong. Zarah abu berukuran 0.2 cm dan kurang. Abu tersebut akan termendak berhampiran sumbernya, kecuali zarah yang sangat kecil.
123

Kembali ke atas