Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.mas.kan] | منچمسکن

Definisi : menimbulkan perasaan cemas (gelisah, bimbang), menakutkan, membim­bangkan, merisaukan: sikapnya yg kasar itu ~ aku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.mas.kan] | منچمسکن

Definisi : menim­bulkan perasaan cemas (gelisah dsb); menakutkan; menggentarkan: Segala ancaman musuh tidak ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencemaskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dystopiadistopiaKesusasteraanTiadaDunia rekaan akan datang dalam fiksyen atau satira yang mencemaskan dan tidak menyenangkan pembaca. Contoh dunia distopia ditemui dalam karya bentuk fiksyen sains dan satira moden. Contohnya dalam The Time Machine (1895) oleh H.G. Wells dan Nineteen Eighty-Four (1949) oleh George Orwell. Lihat juga antiutopia.
fight or flight responserespons lawan atau lariPsikologiPsikologi UmumDua respons yang biasanya boleh dipilih oleh individu semasa mengalami tekanan atau suatu keadaan yang mencemaskan. Dalam keadaan cemas, badan dan otak individu akan digerakkan untuk menghadapi atau menghindari sumber yang menekankan. Contohnya, semasa terserempak dengan ular tedung selar yang mendesis, segala jentera biologi dalam badan seseorang akan digerakkan untuk menyelesaikan masalah yang menakutkan ini. Hormon adrenal seperti adrenalina dan noradrenalina akan dirembeskan untuk mempercepat proses penghantaran oksigen dan seterusnya tenaga ke tempat yang memerlukan. Oleh itu, paru-paru akan bertindak pantas untuk membekalkan oksigen, jantung bergerak cepat untuk mengepam darah bersama makanan dan oksigen bagi membekalkan tenaga, penghadaman terhenti dan otot-otot menegang bagi membantu individu melarikan diri atau berdepan dengan sumber yang mencemaskan itu.
hormonehormonPsikologiPsikologi UmumBahan kimia dalam badan yang dirembeskan oleh kelenjar tak bersaluran yang ada hubungannya secara langsung atau tidak langsung dengan tingkah laku manusia dan haiwan. Terdapat beberapa fungsi biologikal utama yang dikendalikan oleh hormon seperti mempromosikan pertumbuhan organisma, membantu penghadaman dan mengatur metabolisme yang sekiranya bercelaru boleh menimbulkan kesan psikologi seperti kompleks rendah diri atau masalah kesejahteraan psikologi yang lain. Hormon daripada kelenjar adrenal mempunyai kesan langsung kepada psikologi manusia atau haiwan melalui tindakannya semasa berada dalam keadaan yang mencemaskan. Hormon adrenalina dan noradrenalina pula akan meningkatkan aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kecemasan yang diwujudkan oleh rangsangan emosi. Walau bagaimanapun, tindakan hormon tidak secepat sebatian neurotransmiter kerana tindakannya bergantung pada bantuan sistem edaran darah.

Kembali ke atas