Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cen.cang] | منچنچڠ

Definisi : membuka tanah utk dijadikan ladang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cen.cang] | منچنچڠ

Definisi : 1. menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus: ~ daging; 2. ki membunuh dgn menetak dgn parang dsb: ~ mangsanya dgn sebilah parang; air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga; ~ memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya; sepandai-pandai ~, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cen.cang] | منچنچڠ

Definisi : 1 memotong sesuatu sehingga menjadi halus-halus; menetak berkali-kali: Tukang masak itu sedang ~ daging. 2 ki membunuh secara menetak dgn parang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencencang

Peribahasa

Mencencang lauk tengah halat.

Bermaksud :

Menceritakan cacat-cela sendiri kepada orang banyak. halat = perjamuan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
food processorpemproses makananMakanan dan PemakananMakananPerkakas dapur berelektrik yang digunakan untuk menghiris, mencarik, memotong, mencencang atau mengisar dengan kelajuan yang tinggi menggunakan pelbagai bilah yang boleh ditukar ganti. Namun demikian, terdapat juga pemproses makanan yang digunakan secara manual.

Kembali ke atas