Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ceng.kam] | منچڠکم

Definisi : 1. memegang kuat-kuat dgn kuku (cakar), mencengkeram: rambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; 2. mengapit (menyepit), mencantumkan kain dll (dgn menjahit); 3. ki menguasai (memeras, menindas): perjuangan sekarang adalah utk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ceng.kam] | منچڠکم

Definisi : 1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas se­suatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencengkam

Peribahasa

Hinggap mencengkam (dahan),
     terbang menumpu (dahan).

Bermaksud :

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONOREL

Monorel ialah landasan kereta api yang hanya

mempunyai satu landasan. Gerabak monorel

bergerak di sepanjang landasan sama ada di atas

atau di bawah. Gerabak yang di atas landasan

mempunyai alat giroskop untuk mengimbangi atau

memandu roda yang mencengkam sisi landasan

untuk menahan gerabak daripada terbalik. (Lihat

Giroskop).

UMUM 
MONYET LABAH-LABAH

Monyet labah-labah ialah monyet besar yang

terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai

anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan

menggunakan ekornya, malah mengambil objek

dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala

tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan

keempat-empat anggota dan ekornya

mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia

kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini

sering menggunakan lengannya untuk berayun

dari dahan ke dahan. Hanya beruk kecil Asia yang

dikenali sebagai ungka boleh berayun lebih laju

dari pokok ke pokok.

UMUM 
O'FLAHERTY, LIAM

O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel

dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya

dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa

Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty

menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan

yang gersang dan kampung-kampung terpencil

Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan

dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan

kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan

kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang

penduduknya mementingkan diri sendiri.

UMUM 

Kembali ke atas