Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ceng.kam] | منچڠکم

Definisi : 1. memegang kuat-kuat dgn kuku (cakar), mencengkeram: rambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; 2. mengapit (menyepit), mencantumkan kain dll (dgn menjahit); 3. ki menguasai (memeras, menindas): perjuangan sekarang adalah utk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ceng.kam] | منچڠکم

Definisi : 1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas se­suatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencengkam

Peribahasa

Hinggap mencengkam (dahan),
     terbang menumpu (dahan).

Bermaksud :

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
starting gripcengkam mulaSukanTiadaKeadaan apabila hujung jari kaki akan mencengkam blok mula semasa posisi mula, dalam permulaan gaya rangkak, gaya kupu-kupu dan gaya dada. Dalam gaya lentang, tangan akan mencengkam penggayut pada blok mula.
grasping reflexrefleks mencengkamPsikologiTiadaTiada
grappling and wounding gearperalatan mencengkam dan mencederaPerikananTiadaTiada
gripperpencengkamKesenianTiadaAlat untuk mencengkam atau memegang benda kerja.
graspcengkamSukanTiada1. Perbuatan mencengkam alat sehingga bentuknya berubah. Perlakuan ini menyebabkan markah dipotong.
graspcengkamSukanTiada2. Perbuatan mencengkam alat untuk mengelak daripada terjatuh.
clamppengapitPerubatanTiadaAlat untuk mengapit, mencengkam atau memegang benda kerja.
clamppengapitKesenianTiadaAlat untuk mengapit, mencengkam atau memegang benda kerja.
dogpencekamKejuruteraanTiadaPencekam: Alat untuk mencengkam sesuatu yang perlu diputar sewaktu pemesinan.
maskmaskaBiologiEntomologiStruktur yang boleh mencengkam dan berengsel yang sepadan dengan labium dewasa. Struktur ini merupakan ciri khas pada nimfa pepatung.
12345

Kembali ke atas