Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.rah.kan] | منچرهکن

Definisi : 1. menjadikan cerah (tidak gelap, terang), menerangkan: cahaya lilin mencerahkan ruang yang kecil itu; 2. menjadikan cerah (jernih), menjernihkan: mencerahkan kaca; 3. menjadikan cerah (tidak hitam): mencerahkan kulit; 4. menjadikan cerah (berseri, tidak muram), menyerikan: berita itu mencerahkan wajahnya yang tadinya agak muram; 5. menjadikan cerah (baik, elok, dan sebagainya), membahagiakan (kehidupan dan sebagainya): mencerahkan kehidupannya sekeluarga; pelaburan ini akan mencerahkan pertumbuhan ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.rah.kan] | منچرهکن

Definisi : menjadikan cerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencerahkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polishingpenggilapanKejuruteraanTiadaMelicinkan dan mencerahkan permukaan seperti logam atau batuan dengan menggunakan bahan las.
dermatologydermatologiHerbaPemiawaianSalah satu cabang bidang perubatan yang mengkaji kulit, termasuklah pengkajian tentang struktur, fungsi dan penyakit kulit, serta diagnosis dan rawatan penyakit yang berkesan. Contohnya, daun gelenggang besar (Cassia alata) digunakan untuk merawat panau dan ekstrak kulit rambai (Baccaurea motleyana) untuk mencerahkan kulit.

Kembali ke atas