Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.rai.kan] | منچرايکن

Definisi : 1. = memperceraikan a) men­jadikan tidak bercantum (bersatu, berhubung­an) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang berga­duh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhu­bungan sbg suami isteri, menggugurkan (men­jatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.rai.kan] | منچرايکن

Definisi : 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubung­an sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceraikan

Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
حق الطلاقhak talakAgama IslamFiqhHak suami untuk mentalak atau menceraikan isterinya.
dissociative capturepenangkapan ceraiKejuruteraanTiadaGabungan semula ion dan elektron menghasilkan atom teruja yang akan menceraikan semula elektron.
anionic emulsionemulsi anionKejuruteraan AutomotifTiadaCampuran cecair antara bitumen dengan air yang mempunyai cas negatif dan selalunya mengandungi bahan pengemulsi untuk menceraikan globul bitumen supaya boleh bercampur dengan air.
cationic emulsionemulsi kationKejuruteraan AutomotifTiadaCampuran cecair antara bitumen dengan air yang mempunyai cas positif dan selalunya mengandungi bahan pengemulsi untuk menceraikan globul bitumen supaya boleh bercampur dengan air.
amylaseamilaseKimiaBiokimiaKumpulan enzim yang memangkini hidrolisis kanji kepada maltosa. Kumpulan enzim ini terdiri daripada dua enzim, iaitu enzim α-amilase yang memangkini hidrolisis ikatan α -I, 4-glikosida polisakarida yang terdiri daripada unit-unit glukosa, dan enzim β–amilase yang memangkini hidrolisis polisakarida bermula dari penghujung bukan penurunan dan menceraikan unit-unit maltosa. enzim embolisis bd. diastase.

Kembali ke atas