Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ria.kan] | منچرياکن

Definisi : 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, meng­gembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ria.kan] | منچرياکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu ruang atau kawasan ceria, membersihkan dan mengindahkan: Pelajar diarahkan ~ bilik darjah sempena kunjungan para pelawat. 2 menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: Kelahir­an anak sulung ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu. 3 menjadikan sesuatu (majlis, perayaan dsb) meriah dan menarik: Pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceriakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia menanam pokok bunga itu untuk menceriakan kawasan rumahnya. Ayat pasif ialah 1) Pokok bunga itu ditanam olehnya untuk menceriakan kawasan rumahnya. Atau 2) Poko bunga itu dia tanam untuk menceriakan kawasan rumahnya. Terima kasih.

Ayat aktif:  Dia menanam pokok bunga itu untuk menceriakan kawasan rumahnya.

Ayat pasif: Pokok bunga itu ditanamnya untuk menceriakan kawasan rumahnya.
Tatabahasa26.11.2014
1.Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. 2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan. 3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. Yang mana betul. terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi.1. Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan.

Amirah cuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan.

2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan.

Menggariskan perkataan...

3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. 
mengajarkan bahasa Melayu.

Tatabahasa18.03.2013
Uslub =kaedah, cara. Bolehkan murid-murid membina ayat seperti berikut? Pelbagai uslub untuk menceriakan kawasan sekolah.Uslub bermaksud kaedah. Walau bagaimanapun, perkataan uslub ini lebih tepat digunakan untuk ilmu-ilmu dalam bidang agama dan bahasa dalam bahasa Arab seperti uslub nahu, uslub dakwah. Oleh itu, ayat "Pelbagai uslub untuk menceriakan kawasan sekolah." tidak sesuai digunakan kerana ia tidak menepati maksud uslub tersebut.Lain-lain03.08.2021
1. (a) Gambar tersebut menunjukkan tentang kebaikan membaca. (b) Gambar tersebut menunjukkan kebaikan membaca. Ayat manakah betul? Betulkah sekiranya ayat Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk “membersih dan menceriakan” kawasan taman. -kan yang pertama dibuang untuk menjadikan ayat lebih gramatis? menceria dan membersihkan juga betul?

1. Ayat yang betul ialah “Gambar tersebut menunjukkan kebaikan tentang membaca.”.

2. Ayat yang betul ialah “Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan taman.”.
Tatabahasa27.07.2022
assalamualaikum tuan. Apakah maksud perkataan "berceria"Tidak ada kata berceria dalam pangkalan data kami. Kata ceria apabila menerima imbuhan boleh menghasilkan kata menceriakan, keceriaan dan penceriaan.Tatabahasa31.03.2014
Dengan hormatnya saya memohon bantuan pihak Dewan bahasa dan Pustaka untuk menyemak ayat di bawah: Saya ingin mengajak warga MAMPU untuk bersama-sama melaksanakan kerja dengan penuh komited dan sekiranya mempunyai masa yang lapang, bersama-samalah kita membantu rakan-rakan kita yang memerlukan bantuan untuk melakukan tugas-tugas rasmi, berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan tugas kita, bersama-sama menceriakan pejabat, menyempurnakan tugasan yang tertunggak dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam.Saya ingin mengajak warga MAMPU untuk bersama-sama melaksanakan kerja dengan penuh komited. Sekiranya mempunyai masa lapang, bersama-samalah kita membantu rakan sekerja menyelesaikan tugasan rasmi, dan berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan tugas kita. Selain itu, sentiasa bekerjasama menceriakan pejabat, menyempurnakan tugasan yang tertunggak dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam.Tatabahasa06.06.2014
Assalamualaikum Tuan/Puan. Merujuk pertanyaan saya yang bertarikh 24 Mac 2021, mohon penjelasan mengapakah kata kerja dalam ayat (1 hingga 3) berikut salah tetapi dalam ayat (4 hingga 7) betul. Saya keliru dengan penggunaan imbuhan ‘kan’ apabila dua kata kerja digunakan serentak dalam ayat. Adakah kata kerja ‘merancang dan menentukan’ memang tidak boleh digunakan dalam situasi ayat no.4.Terima kasih. 1.Syarikat swasta banyak [mengeluar dan menerbitkan] filem yang bertemakan percintaan. 2.Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga Inspirasi sedang [membersih dan menceriakan] kelas mereka. 3.Mereka sepatutnya [mengutama dan meletakkan] kepentingan negara apabila bertindak. 4.Ibu bapa hendaklah [merancangkan dan menentukan] masa depan anak-anak mereka dengan baik. 5.Markah calon yang [menukarkan dan menambahkan] imbuhan dalam ayat ini akan dipotong. 6.Tugas kami ialah [membersihkan dan mengecatkan] dinding bangunan kerajaan itu sahaja. 7.Saya telah [mengutip dan menyerahkan] bayaran yuran itu kepada guru penasihat.

Sebaiknya kata kerja  dalam ayat 1 hingga 3 perlu mempunyai pola imbuhan ‘kan’ yang sama pada kedua-dua perkataan tersebut seperti yang berikut.

1. Syarikat swasta banyak [mengeluarkan dan menerbitkan] filem yang bertemakan percintaan.

2. Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga Inspirasi sedang [membersihkan dan menceriakan] kelas mereka.

3. Mereka sepatutnya [mengutamakan dan meletakkan] kepentingan negara apabila bertindak.

Manakala bagi ayat 4, tidak salah penggunaannya, cuma tidak menjadi kebiasaan menggunakannya dalam ayat. Merancangkan ialah membuatkan sesuatu rancangan.

4. Ibu bapa hendaklah [merancangkan dan menentukan] masa depan anak-anak mereka dengan baik.

Seterusnya bagi ayat 5 hingga 7 betul penggunaan ayatnya.

Tatabahasa30.03.2021
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK

1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi".

2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat.  b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul.  c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat)  d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi.  e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan.  f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul  g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.  - betul.

3.  Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya.

Tatabahasa23.07.2009

Kembali ke atas