Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ri.ta.kan] | منچريتاکن

Definisi : 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ri.ta.kan] | منچريتاکن

Definisi : 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceritakan

Peribahasa

Mengembangkan ketiak amis.

Bermaksud :

Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Encik Arif menceritakan tentang punca berlakunya banjir di Kelantan." Adakah rangkai kata 'menceritakan tentang punca berlakunya...." itu salah? Kalau salah ,tolong jelaskan ,Farsa menceritakan tentang ..., ... bertanyakan tentang ... adalah tidak gramatis kerana menceritakan, iaitu kata kerja transitif yang mesti diikuti dengan kata nama sebagai objeknya. Perkataan tentang ialah kata sendi nama  yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad.Tatabahasa14.07.2013
Salam sejahtera Tuan/ Puan , Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata " bahawa " . 1) ... menceritakan bahawa ... (adakah penggunaan kata bahawa tersebut gramatis & sebabnya ?) Cth ayat : Abu menceritakan bahawa kejadian tersebut berlaku di rumahnya. 2. a) ... menceritakan tentang ... (penggunaan kata yang tidak gramatis, betul ? ) Penggunaan " akan " tidak harus disusuli dengan " tentang " - ayat kata kerja Transitif (SKO - Subjek, Kata Kerja, Objek) . Cth ayat : Ali menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada seorang kawannya. Bagaimana pula dengan " ... bertanyakan tentang " ? Cth ayat : Ali bertanyakan tentang khabar berita seorang kawannya. Terima kasih & maafkan saya sekiranya mengganggu. ChoyHH

1. ... menyatakan bahawa ... adalah gramatis - bahawa boleh hadir dalam klausa komplemen.

2. ... menceritakan tentang ..., ... bertanyakan tentang ... adalah tidak gramatis kerana menceritakan, iaitu kata kerja transitif yang mesti diikuti dengan kata nama sebagai objeknya. Kata terbitan menceritakan hasil daripada apitan meN-...-an + cerita, bukan mencerita + akan (kan). Begitu juga halnya dengan kata berceritakan, iaitu kata kerja transitif yang mesti diikuti dengan kata nama, bukannya bercerita + akan (kan).

Tatabahasa08.02.2011
Nenek bercerita/menceritakan tentang kisah "labu dan Labi". bercerita atau menceritakan yang betul. Mengapa?Nenek bercerita tentang kisah Labu dan Labi atau Nenek menceritakan kisah Labu dan labi. Ayat pertama ialah ayat tak transitif manakal ayat kedua ialah ayat transitif.Tatabahasa06.03.2007
Tuan, berikut merupakan ayat-ayat yang say ingin tanya. 1. Dia menceritakan semula kisah sedihnya. 2. Dia menceritakan kisah sedihnya semula . Kedua-dua ayat berikut manakah yang betul? Jika kedua-dua betul, sila membezakan maknanya. 1. Awak memberitahu saya yang awak akan melancong ke Pulau Tioman pada hujung minggu ini. 2. Walaupun sudah bertahun meninggalkan kampung pekarangan dengan berhijrah ke Kanada, tetapi nilai ketimuran tetap menjadi pegangannya. Terima Kasih.1. Dia menceritakan kisah sedihnya semula. "Menceritakan" ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti dengan objek, iaitu "kisah sedihnya". 
2. Awak memberitahu saya yang awak akan melancong ke Pulau Tioman pada hujung minggu ini. Ayat ini betul. 
3. Walaupun sudah bertahun meninggalkan pekarangan dengan berhijrah ke Kanada, tetapi nilai ketimuran tetap menjadi pegangannya.
Tatabahasa16.05.2012
Seorang nenek menceritakan cerita yang menarik kepada cucunya. Adakah ayat ini betul?Ayat di atas betul.Tatabahasa22.07.2014
Anuar menceritakan tentang pengalaman beliau menjadi juara dalam pertandingan pidato.Mohon pembetulanAnuar menceritakan pengalaman beliau menjadi juara dalam pertandingan pidato.Tatabahasa06.06.2015
Saya mahu bertanya tentang struktur ayat berikut.Yang manakah lebih tepat ? 1) ayah menceritakan tentang hal itu kepada kakak 2) ayah menceritakan hal itu kepada kakakKedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa07.08.2014
apa beza antara ayat ini :::: AYAT (1)Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam ::::::AYAT (2)Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam::::::::::::::AYAT (3)Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam:::::::: Tolong beri penjelesan yang sempurna !!!!!!

(1) Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam.

(2) Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam.

(3) Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam.

Ketiga-tiga ayat tersebut mempunyai persamaan makna cuma berbeza dari segi penggunaan kata terbitan (dari kata dasar cerita). Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita, manakala menceritakan bermaksud mengisahkan sesuatu kepada ..., oleh itu ayat kedua perlu dilengkapkan "Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam kepada anak-anaknya". Walau bagaimanapun ayat (3) tidak tepat dari segi pembentukan kata "mencerita".

Tatabahasa02.06.2009
حدثنا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَالِحٍ قال: حَدَّثَنِي ابن شُرَيْحٍ عَبْد الرَّحْمَنِ Terjemahan: Abdullah bin Saleh menceritakan kepada kami@bercerita kepada kami, katanya: Ibn Syuraih menceritakan kepadaku@bercerita kepadaku? Terima kasih.Dewan Bahasa tidak memberikan khidmat terjemahan.  Mohon soalan ini diajukan kepada Persatuan Penterjemahan Malaysia melalui talian 03-92262506Penyemakan dan penterjemahan19.05.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Minta tolong DBP untuk menjelaskan perkara yang mengelirukan saya iaitu perbezaan memerikan dan memerihalkan. Memerikan bermaksud mengatakan/menceritakan/mengisahkan/menggambarkan (sesuatu hal) manakala memerihalkan bermaksud mengisahkan/menceritakan/menerangkan/menhuraikan (tentang sesuatu). Saya tidak dapat membezakan antara kedua - duanya. Kalau boleh, saya ingin meminta tolong DBP memberi padanan perkataan- perkataan tersebut dalam bahasa inggeris.Memerikan bermaksud mengatakan atau mengisahkan, manakala memerihalkan bermaksud menerangkan sesuatu. Berdasarkan makna yang diberikan memerihalkan lazimnya menerangkan sesuatu yang lebih serius berbanding memerikan yang mungkin sahaja memerikan sesuatu cerita. Dalam bahasa Inggeris kedua-duanya boleh diterjemahkan kepada describe.Tatabahasa22.07.2016
1234567

Kembali ke atas