Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ro.boh] | منچروبوه

Definisi : 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenar­an (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ro.boh] | منچروبوه

Definisi : berbuat ceroboh; berbuat tidak senonoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceroboh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aggressive policydasar mencerobohPerpustakaanTiadaTiada
aggressionagresiSejarahTiada2. Perbuatan menyerang atau menceroboh hak individu atau hak wilayah sesuatu bangsa atau negara.
cyberpunksiberpunkTeknologi MaklumatTiadaOrang yang berjaya menceroboh sistem komputer orang lain melalui talian telefon.
home invasiontaklukan kediamanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan menceroboh kediaman orang lain secara menyalahi undang-undang untuk melakukan atau percubaan untuk melakukan jenayah dengan atau tanpa senjata. Perbuatan ini boleh dilakukan semasa penghuni berada di kediaman atau semasa ketiadaan penghuni.
hackerpenggodamPendidikanTiada

 Pengguna komputer yang menceroboh masuk ke komputer pengguna lain tanpa kebenaran.

invasive counselingkaunseling cerobohSains KesihatanTiadaKaunseling yang menceroboh peribadi pesakit.
aggressorpengagresiSejarahTiadaIndividu atau kumpulan yang mengamalkan sikap suka menceroboh atau menyerang individu atau kumpulan lain.
ethical hackerpenggodam beretikaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSeseorang yang menceroboh ke dalam rangkaian komputer untuk menguji atau menilai keselamatan rangkaian, dan bukannya dengan tujuan jahat atau jenayah.
account hackingpenggodaman akaunKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah siber yang melibatkan tindakan menceroboh dan mengeksploitasi akaun orang atau organisasi lain, bertujuan untuk mendapatkan keuntungan secara tidak sah. Tindakan ini termasuklah perbuatan menghapuskan dan mencuri maklumat akaun serta mencegah pemilik akaun tersebut daripada mengakses akaunnya sendiri.
logic bombbom logikTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang berkebolehan memusnahkan data jika dicetuskan oleh sesuatu tindakan menceroboh.
12

Kembali ke atas