Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ro.bo.hi] | منچروبوهي

Definisi : 1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (se­seorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, men­cabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki ka­wasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak meng­ganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ro.bo.hi] | منچروبوهي

Definisi : 1 membuat ceroboh terhadap (kpd): Berani engkau ~ anak penghulu itu? 2 melanggar negeri (kawasan dsb) orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencerobohi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
script kiddie;budak skripTeknologi MaklumatTiadaIndividu yang menggunakan skrip , bahasa pengaturcaraan dan teknik sedia ada yang ditulis oleh penggodam yang lebih berpengalaman untuk mencerobohi sistem komputer dalam rangkaian, biasanya m
honeypotkomputer maduTeknologi MaklumatTiadaKomputer atau pelayan Internet yang mengandungi sumber sistem maklumat sebagai umpan dan berfungsi untuk menarik perhatian para penggodam untuk mencerobohi sistem. Komputer madu digunakan sebagai alat untuk memerangkap dan mengenal pasti penceroboh rangkaian korporat. Komputer madu memimik sistem atau rangkaian komputer sebenar tetapi tidak mengandungi data atau maklumat berguna. Ia dipenuhi dengan data palsu yang disediakan agar kelihatan menarik kepada penceroboh untuk melawatinya.
honeypotkomputer maduTeknologi MaklumatPerisianKomputer atau pelayan Internet yang mengandungi sumber sistem maklumat sebagai umpan dan berfungsi untuk menarik perhatian para penggodam untuk mencerobohi sistem. Komputer madu digunakan sebagai alat untuk memerangkap dan mengenal pasti pencerobohan rangkaian. Komputer madu memimik sistem atau rangkaian komputer sebenar tetapi tidak mengandungi data atau maklumat berguna. Komputer ini dipenuhi dengan data palsu yang disediakan agar kelihatan menarik kepada penceroboh untuk melawatinya.
encroachmentcerobohanSejarahTiadaPerbuatan melanggar hak-hak atau harta benda seseorang secara perlahan-lahan biasanya penyewa yang mempunyai tanah sewaan yang bersebelahan dengan jirannya akan mencerobohi kawasan jiran tersebut dalam jangka masa tertentu, kemudian dituntut sebagai hak milik sendiri.
epideictic displaypaparan epideiktikBiologiEkologiSatu corak lakuan yang biasanya agresif, ditunjukkan oleh sesetengah haiwan, digunakan untuk menandai wilayahnya, dan memberi amaran kepada haiwan lain daripada mencerobohi wilayahnya. Lakuan ini kebanyakannya ditunjukkan oleh burung dan mamalia.
game-palying syndromesindrom main permainanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa pencerobohan sistem komputer tidak salah sekiranya sistem tersebut boleh diceroboh dengan mudah. Sindrom ini menyebabkan pengguna hasad beranggapan sekiranya terdapat cara untuk mencerobohi sistem atau menjalankan aktiviti yang boleh mengubah aset sistem, maka tindakan ini tidak menjadi kesalahan. Pengguna hasad beranggapan, sekiranya pemilik sistem berhasrat hendak menghalang pengguna daripada melakukan aktiviti tersebut, maka pemilik sistem berkenaan hendaklah memasang fungsi keselamatan yang sukar ditembusi.

Kembali ke atas