Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.rut] | منچروت

Definisi : menghisap cerut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.rut] | منچروت

Definisi : memotong dgn cerut, menyabit: ~ rumput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.rut] | منچروت

Definisi : 1. mengikat (mengecut, membelit) di sekeliling sesuatu kuat-kuat, menjerut: ~ leher; 2. ki (berasa) sakit bagai dicerut: perutnya mula berasa ~ kerana lapar; 3. menyekat hingga sukar berkembang (maju dsb): pd masa yg sama, pihak kerajaan tidak ~ pertumbuhan ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.rut] | منچروت

Definisi : membelit atau mengikat di keliling sesuatu erat-erat; menjerut: ~ leher. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencerut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constrictorpencerutAeroangkasaTiadaPencerut: Bahagian yang mencerut pada nozel enjin ramjet.,Kabin pesawat udara yang bertekanan supaya penumpang merasa selesa walaupun pesawat udara berada pada altitud tinggi.,Pencerut: Bahagian yang mencerut pada nozel enjin ramjet.
angiotoninangiotoninPerubatanTiadaPeptida yang berupaya mencerut salur darah; angiotensin.
myonememionemBiologiHistologi dan SitologiFibril mencerut ektoplasma pada Protozoa
haemostathemostatPerubatanTiada1. Penyepit kecil untuk mencerut pembuluh darah.,2. Agen yang menghalang perdarahan.
pinch effectkesan jepitKejuruteraanTiada1. Kesan daya elektromekanik yang mencerut dan kadang-kadang memecahkan seketika, pengalir lebur yang sedang membawa arus ketumpatan tinggi.,2. Pengecutan kendiri turus plasma yang membawa arus besar disebabkan saling tindakan arus ini dengan medan magnet yang dihasilkan.
ergotergotPerubatanTiadaSklerotium kering daripada kulat Claviceps purpurea yang dapat mencerut arteriol dan mengkontraksikan serat otot polos. Bahan ini mengandungi beberapa zat aktif, yang terpenting sekali ialah alkaloid-alkaloid seperti ergotoksin, ergotamina dan ergometrina.
marine barometerbarometer marinMeteorologiMeteorologi PerhubunganBarometer raksa yang digunakan di dalam kapal, dengan tabung yang mencerut agar dapat meredam ayunan raksa yang disebabkan oleh gerakan kapal.
Hubbard blouseblaus HubbardKesenianTiadaBlaus tunik longgar beropol di kelepet lengan dan leher, bertali pintal untuk mencerut bahagian pinggang. Pakaian gadis remaja di atas skirt lisu pada tahun 1880-an.
musculo-epithelium cellsel muskuloe-piteliumBiologiHistologi dan SitologiSel turus yang berlapis-lapis, seperti lapisan luar dan lapisan sel haiwan, yang memiliki cuaran pencerut yang memanjang ke dalam mesoglea dan boleh menggunakannya sebagai pseudopodium untuk mendapatkan bahan makanan serta merembeskan enzim pencerna. Apabila mencerut, cuaran pencerut ini boleh mengubah keseluruhan bentuk jasad selenterat dan boleh melakukan pelbagai jenis gerak alih.

Kembali ke atas