Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.tus.kan] | منچتوسکن

Definisi : 1. menerbitkan, mengeluarkan (percikan atau bunga api); 2. menimbulkan sesuatu (keadaan, peristiwa, perasaan, ilham, dll) dgn sekonyong-konyong, menerbitkan: hasrat mereka utk ~ pemberontakan bersenjata bukanlah menjadi rahsia lagi; lawatan ke Infokraf mungkin ~ aneka ilham yg akan membuka lembaran baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.tus.kan] | منچتوسکن

Definisi : 1 mengeluarkan atau menerbitkan (bunga api dsb); menyalakan. 2 ki menimbulkan atau menerbitkan sesuatu keadaan: Hasrat mereka hendak ~ pemberontakan telah dpt dipatahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencetuskan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG ROS

Perang Ros mencetuskan persengketaan awam

di England pada akhir tahun 1400-an. Dua wangsa

diraja berperang untuk merebut takhta. Simbol

yang dipilih oleh setiap pihak merupakan nama

bagi perang ini. Wangsa York sudah lama

menggunakan bunga ros putih sebagai

lambangnya. Wangsa Lancaster pula dikaitkan

dengan lambang ros merah, tetapi ahli sejarah

tidak pasti bila lambang ini bermula.

Sesetengahnya berpendapat bahawa lambang ros

merah hanya wujud sewaktu pertempuran yang

terakhir. Perang ini bermula pada tahun 1455

dengan Pertempuran Saint Albans, dan berakhir

pada tahun 1485 dengan Pertempuran Bosworth

Field.

UMUM 
SIEYÈS, EMMANUEL JOSEPHSieyès, Emmanuel Joseph (1748–1836),
yang terkenal dengan nama Abbé Sieyès, membantu
mencetuskan Revolusi Perancis dengan buku
kecilnya, What is the Third Estate? Dalam buku kecil
yang diterbitkan pada tahun 1789 ini, Sieyès
menegaskan bahawa rakyat sepatutnya mempunyai
hak untuk bersuara dalam kerajaan.
UMUMKonsep
ADAMS, SAMUEL

Adams,  Samuel (1722–1803) ialah patriot dan

ahli politik Amerika yang mencetuskan tentangan

terhadap pemerintahan British di tanah jajahan

Amerika Utara. Walau bagaimanapun, Adams mencuba

menjadikan rakyat berusaha menuntut hak mereka

secara aman melalui jawatankuasa dan mesyuarat

lain. Dia sanggup menjustifikasi tentangan secara

keganasan terhadap Great Britain hanya jika segala

usaha lain gagal. Adams ialah penandatangan

Perisytiharan Kemerdekaan.

UMUM 
PERISTIWA PETROV

Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang

dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? –

1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di

Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila

Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan

bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan

Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk

mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies

menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya

suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia.

UMUM 
SERVICE, JAMES

Service, James (1823–1899) ialah pemimpin

politik Australia yang menjadi pemimpin gerakan

persekutuan yang mencetuskan pembentukan

Komanwel Australia pada tahun 1901. Service ialah

perdana menteri Victoria pada tahun 1880 dan dari

tahun 1883 hingga tahun 1886. Pada tahun 1884, dia

telah menubuhkan majlis persekutuan yang

dikuasainya sehingga tahun 1889. Dia mewakili

Victoria di persidangan kolonial London pada tahun

1887, dan di persidangan persekutuan di Sydney

pada tahun 1890. Service lahir di Kilwinning,

Ayrshire, Scotland. Dia berhijrah ke Melbourne

pada tahun 1853.

UMUM 
NORTH, LORD

North, Lord (1732–1792), Frederick, Earl of

Guilford , perdana menteri Britain yang pemikiran

ceteknya terhadap tanah jajahan Amerika membantu

mencetuskan Revolusi Amerika.

UMUM 
PLATH, SYLVIA

Plath, Sylvia (1932–1963) ialah penyair dan

penulis fiksyen Amerika. Penulisannya

menggambarkan pandangan yang bernas, sindiran

yang tajam, dan mencetuskan perasaan sedih.

Penulisannya amat bersimpati terhadap

penderitaan kaum wanita, golongan muda, artis,

orang yang sukar menyesuaikan diri, dan

pemberontak. Walaupun dia meninggal dunia

pada usia yang muda, dia dianggap sebagai salah

seorang penulis Amerika yang paling berpengaruh

sejak tahun 1940-an.

UMUM 
PERANG DUNIA I

Perang Dunia I (1914–1918) melibatkan lebih

banyak negara dan menyebabkan lebih besar

kemusnahan daripada sebarang perang lain

kecuali Perang Dunia II (1939–1945). Peluru

pembunuh di Austria-Hungary mencetuskan

perang, dan sistem perikatan tentera

menjerumuskan kuasa-kuasa besar Eropah ke

dalam kancah peperangan. Setiap pihak

menjangkakan kemenangan segera. Tetapi perang

berlaku selama empat tahun dan mengorbankan

hampir 10 juta askar.

UMUM 
PERANG RUSIA-JEPUN

Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun

sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam

peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas

hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari

rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan

hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun

1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari

1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga

dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang

ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian

Portsmouth ditandatangani.

UMUM 
KING, STEPHEN

King, Stephen (1947– ) ialah penulis

popular Amerika yang menulis cerita seram

dan ngeri. King ialah penulis cerita yang

plotnya menitikberatkan kesan kejahatan dan

ketakutan. Dia sering mencetuskan keadaan yang

menggerunkan daripada watak dan tempat moden

yang biasa.

UMUM 
12

Kembali ke atas