Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.tus.kan] | منچتوسکن

Definisi : 1. menerbitkan, mengeluarkan (percikan atau bunga api); 2. menimbulkan sesuatu (keadaan, peristiwa, perasaan, ilham, dll) dgn sekonyong-konyong, menerbitkan: hasrat mereka utk ~ pemberontakan bersenjata bukanlah menjadi rahsia lagi; lawatan ke Infokraf mungkin ~ aneka ilham yg akan membuka lembaran baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.tus.kan] | منچتوسکن

Definisi : 1 mengeluarkan atau menerbitkan (bunga api dsb); menyalakan. 2 ki menimbulkan atau menerbitkan sesuatu keadaan: Hasrat mereka hendak ~ pemberontakan telah dpt dipatahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencetuskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
farcefarsaKesusasteraanTiadaSejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�.
escalatemencetuskanPerpustakaanTiadaTiada
allergenalergenPerubatanTiadaBahan yang boleh mencetuskan alahan apabila tersentuh atau memasuki badan seseorang yang sensitif. Contohnya, habuk, debunga, ubat, bisa binatang dan makanan laut.
mitogenmitogenAIDSTiadaBahan yang boleh mencetuskan mitosis atau transformasi limfosit
plurisignationpenandaan jamakKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan untuk mencetuskan pelbagai makna dan konotasi dalam penulisan sastera. Penggunaan ini boleh memaparkan ironi atau paradoks yang kerap digunakan dalam penulisan puisi. Contohnya, frasa �crack �d� crowns� dalam karya bertajuk Henry IV oleh Shakespeare boleh dinterpretasikan sebagai dunia yang sumbing (broken coins), kepala yang luka (fractured heads) atau raja yang turun takhta (deposed royalty).
tragic forcedaya tragediKesusasteraanTiadaPeristiwa yang mencetuskan aksi menurun dalam plot naratif tragedi.
unconditioned stimulusrangsangan tidak lazimPendidikanTiadaRangsangan yang mencetuskan respons emosi atau fisiologi secara semula jadi.
object creationciptaan objekTeknologi MaklumatTiadaPeristiwa yang mencetuskan kewujudan satu objek yang unik daripada objek lain.
innovative thinkingpemikiran inovatifPengurusanPerancanganKeupayaan berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama, iaitu kreativiti, pembangunan idea, dan pelaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk baharu tetapi juga melalui cadangan penambahbaikan terhadap produk atau proses yang sedia ada. Pemikiran inovatif juga boleh dirujuk sebagai �berfikir di luar kotak�. Setiap peringkat dalam organisasi digalakkan mempunyai kemahiran pemikiran inovatif supaya organisasi tersebut lebih berdaya saing dan terus maju.
Wernicke-Korsakoff syndromesindrom Wernicke-KorsakoffPerubatanPsikiatriSindrom yang mencetuskan masalah daya ingatan yang berterusan, berpunca daripada penggunaan alkohol yang kronik. Sindrom akut dikenali juga sebagai ensefalopati Wernicke dan sindrom kronik dikenali juga sebagai sindrom Korsakoff.
123456

Kembali ke atas