Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cip.ta] | منچيڤتا

Definisi : menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cip.ta] | منچيڤتا

Definisi : 1 memusatkan fikiran (utk mengadakan sesuatu); memikirkan dgn sungguh-sungguh (utk mengadakan sesuatu). 2 mengadakan atau mewujudkan sesuatu dgn kuasa sendiri dan tidak menggunakan bahan: Allah yg ~ langit dan bumi serta seluruh isinya. 3 menghasilkan sesuatu karya seni (spt lukisan, lagu dsb): Semasa hidupnya, Allahyarham telah ~ lagu lebih drpd seribu buah. 4 mengadakan sesuatu yg baru; mencapai sesuatu kejayaan atau hasil terbaik dlm olahraga dsb: Dia telah ~ rekod baru dlm lumba lari 400 meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencipta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan 1(a) Saintis mencipta kereta yang boleh bertukar warna. 1(b) Saintis mencipta kereta yang dapat bertukar warna. ayat yang manakah lebih tepat dan betul?Ayat yang tepat ialah "Saintis mencipta kereta yang boleh bertukar warna'.Tatabahasa12.08.2009
"Saintis mencipta kereta yang (boleh / dapat) bertukar warna." Dalam konteks ini, yang manakah lebih sesuai digunakan? Tolong berikan sebabnya.Kedua-duanya boleh digunakan kerana salah satu makna 'boleh' juga 'dapat'.Lain-lain11.08.2009
Saya ada mencipta lagu koir Anti Dadah. Sebelum lagu dinyanyikan ada beberapa baris ayat untuk dibaca oleh salah seorang peserta koir saya untuk diperdengarkan kepada penonton. Masalah saya : Bolehkah beberapa baris ayat yang dibaca dihadapan penonton itu disebut sebagai SENANDIKA ? atau mungkin pihak tuan dapat memberi perkataan yang sesuai. Terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan senandika sebagai percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dlm drama atau bentuk karya sastera lain, yg ditujukan kpd dirinya sendiri atau pendengar (penonton) utk mengungkapkan perasaan, konflik batin, firasat dsb yg dihadapinya atau utk memberikan sesuatu maklumat kpd pendengar (penonton) itu. Oleh itu,  istilah ini boleh digunakan dalam konteks tersebut.

Istilah14.03.2010
Nuh ialah/adalah manusia pertama mencipta kapal besar.Nuh ialah manusia pertama mencipta kapal besar. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 263.Tatabahasa29.11.2011
Salam hormat. Antara sertai dengan menyertai manakah yang paling tepat? Contoh soalan: Saya ___________ peraduan mencipta slogan itu sekadar suka-suka. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saya menyertai Peraduan Mencipta Slogan itu sekadar suka-suka sahaja".

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2078.


Tatabahasa14.01.2024
saya ingin maksud: 1.Kreatif 2.Inovasi

kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta;

inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka;

Makna04.11.2008
Selamat pagi, boleh tanya apakah perbezaan antara kreativiti dan inovasi. Terima kasih.

kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta;

inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka;

Makna15.12.2016
Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera. Bolehkah saya tahu sekiranya pihak Dewan Bahasa akan mengadakan apa-apa pertandingan dalam masa terdekat ? Adakah pada tahun ini akan diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Puisi seperti tahun lepas ? Terima kasih.Untuk makluman saudara, Pertandingan Mencipta Lagu Puisi tidak diadakan pada tahun ini.Lain-lain06.10.2013
Mohon bantuan untuk semakan definisi ini sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa : 1. Literasi Maklumat Literasi Maklumat (LM) adalah satu keupayaan bagi memperkasa individu untuk mengenal pasui, menilal, mengurus, mencipta dan menyebar maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa Membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapat maklumat berkualiti. 3. Mengurus maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Mengguna maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyebar dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat sivik melalui pelbagai medium dan format. Kerjasama dan bantuan tuan/puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih

1. Literasi Maklumat (LM) adalah suatu keupayaan individu untuk mencari maklumat,  mengenal pasti, menilai, mengurus, mencipta dan menyebarkan maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa dan membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Keupayaan mengakses dan menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapatkan maklumat berkualiti. 3. Menguruskan maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Menggunakan maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyampaikan dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat melalui pelbagai medium dan format.  

Tatabahasa23.09.2022
Jabatan Perikanan Malaysia telah mencipta satu inovasi yang dipanggil Malaysian Acetes Efficiency Device. Alat ini merupakan peranti yang dipasang pada pukat untuk menangkap udang baring. Alat ini akan menyisih atau menyediakan lalauan untuk anak-anak ikan kelauar dari pukat. Di mana ia hanya memerangkap udang baring sahaja. Jadi apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Malaysia?Soalan saudara akan kami ajukan kepada bahagian Peristilahan.  Kemungkinan proses mendapatkan jawapan yang sesuai akan mengambil masa.  Jawapan akan dikirim melalui e-mel.  Terima kasihIstilah26.06.2014
12345678

Kembali ke atas