Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cip.ta] | منچيڤتا

Definisi : menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cip.ta] | منچيڤتا

Definisi : 1 memusatkan fikiran (utk mengadakan sesuatu); memikirkan dgn sungguh-sungguh (utk mengadakan sesuatu). 2 mengadakan atau mewujudkan sesuatu dgn kuasa sendiri dan tidak menggunakan bahan: Allah yg ~ langit dan bumi serta seluruh isinya. 3 menghasilkan sesuatu karya seni (spt lukisan, lagu dsb): Semasa hidupnya, Allahyarham telah ~ lagu lebih drpd seribu buah. 4 mengadakan sesuatu yg baru; mencapai sesuatu kejayaan atau hasil terbaik dlm olahraga dsb: Dia telah ~ rekod baru dlm lumba lari 400 meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencipta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
creation and effect of liensmencipta lien dan natijahnyaUndang-undangTiadaTiada
animationanimasi-TiadaProses mencipta ilusi pergerakan dengan memaparkan imej atau bingkai imej secara berturut-turut.
dubbingdabingSosiologiTiadaProses mencipta, menambah atau menggantikan trek audio dan video.
poetpenyairKesusasteraanTiadaPengarang yang mencipta atau mengubah sajak.
creatorpenciptaSejarahTiadaOrang yang mencipta sesuatu atau pencipta.
authoringpengaranganTeknologi MaklumatTiadaProses mencipta bahan multimedia interaktif atau perisian kursus dengan menggunakan perisian pengarangan. Pengarangan multimedia menggunakan beberapa alat daripada penyuntingan teks kepada alat menangkap dan memanipulasi imej video atau menyunting fail audio.
creativitydaya ciptaKesusasteraanTiadaKebolehan mencipta sesebuah karya sastera dan sebagainya.
choreographerjurukoreografiKesusasteraanTiadaIndividu yang mencipta pergerakan pelakon dan penari mengikut rentak muzik dalam drama.
clothing constructionpembuatan pakaianSosiologiTiadaPerihal mencipta, membentuk atau membikin pakaian.
joinsambungTeknologi MaklumatTiadaPengendalian yang mencipta hubungan baharu dengan menggabungkan dua hubungan.
12345678910...

Kembali ke atas