Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ci.ri.kan] | منچيريکن

Definisi : menjadi ciri (kpd), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: kepelbagaian yg ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yg dihadapi oleh sebarang sistem; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ci.ri.kan] | منچيريکن

Definisi : 1 merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: Kepelbagaian ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara. 2 membuat sesuatu mempunyai ciri: Penyakit itu dicirikan oleh rasa gatal-gatal pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencirikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENTALPISifat sistem termodinamik yang boleh digunakan untuk mencirikan sekumpulan jirim atau sebuah peranti termodinamik yang dipisahkan daripada persekitarannya dengan sempadan tertentu. Terdapat dua jenis sifat termodinamik, iaitu sifat ekstensif dan sifat intensif. Sifat ekstensif bergantung pada jisim sistem, manakala sifat intensif bebas daripada ukuran jisim sistem. Entalpi ekstensif disimbolkan dengan huruf H, manakala entalpi intensif disimbolkan dengan huruf h. Unit bagi entalpi ekstensif H ialah kilojoule (kJ). Unit bagi entalpi intensif h pula ialah kJ/kg....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
BELIUNGBELIUNG, sejenis alat batu yang mencirikan kebudayaan Neolitik. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DIALEK MELAYU DI SELANGORDIALEK MELAYU DI SELANGOR, dialek yang dituturkan di negeri Selangor. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu  lain di Semenanjung. Sebagai tempat pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar. Terjadinya keadaan seperti ini ada hubungannya dengan kedudukan negeri Selangor yang pada awal sejarahnya merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan bagi Semenanjung Malaysia.BAHASABahasa

Kembali ke atas