Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cit] | منچيت

Definisi : 1. Mn tikus; 2. sj haiwan spt tikus, tetapi lebih kecil; ~ rumah, Mus musculus; ~ buluh Chiropochymys gliroides; ~ seekor penggada seratus prb berhadapan dgn musuh yg banyak; benci akan ~ reng-kiang disunu prb sebab takut akan bahaya yg kecil dibuang keuntungan yg besar; mancit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencit

Peribahasa

Mengekor mencit.

Bermaksud :

Modal yang makin susut.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHRIKE

Shrike ialah burung yang boleh dikenal melalui

paruhnya yang kuat dan bengkok sedikit, dan

melalui tabiatnya menujah belalang, mencit, dan

burung kecil pada duri, ruit, atau ranting, sama

seperti penyembelih menggantung daging. Burung

ini kemudiannya menyiat mangsanya hingga halus

dan memakannya. Daripada tabiat ini berasal nama

biasanya, iaitu burung penyembelih.

UMUM 
KANDAU

Kandau ialah mamalia berekor panjang dan

berbulu gebu. Sesetengah jenis kandau

menyerupai monyet. Yang lain kelihatan lebih

mirip mencit atau tupai.

UMUM 
KANDAU TERBANG

Kandau ialah mamalia berekor panjang dan

berbulu gebu. Sesetengah jenis kandau

menyerupai monyet. Yang lain kelihatan lebih

mirip mencit atau tupai.

UMUM 
TIKUS

Tikus ialah mamalia berbulu yang kelihatan

seperti cencorot tetapi lebih besar. Jenis tikus yang

paling kecil membesar lebih panjang dan lebih

berat daripada mencit yang terbesar. Seperti

cencorot, beaver, dan tupai, tikus adalah rodensia .

Semua haiwan demikian mempunyai gigi depan

bak pahat yang terutamanya sesuai untuk

menggerit.

UMUM 
BUTCHERBIRD

Butcherbird ialah nama yang diberi di Australia

kepada burung yang menyerupai burung shrike,

iaitu butcherbird di Eropah. Semua butcherbird

menusuk mangsanya di atas ranting atau duri dan

menyimpannya dengan cara ini untuk dimakan

kemudian. Ia memakan serangga, mencit, burung

lain, dan reptilia.

UMUM 
AHLI NUJUM

Ahli nujum ialah gelaran yang diberi kepada

orang di Rom purba yang mentafsir tanda untuk

pegawai kerajaan. Orang Rom percaya bahawa

dewa mereka menunjukkan kehendak mereka

menerusi tanda atau alamat, seperti guruh atau

kilat, burung yang terbang atau bunyi burung,

gerak-geri ular dan mencit.

UMUM 

Kembali ke atas