Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.con.dong.kan] | منچوندوڠکن

Definisi : memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.con.dong.kan] | منچوندوڠکن

Definisi : membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencondongkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bahasa Melayu untuk "hand sanitizer". Saya dapati ada yang menggunakan sebagai "pensanitasi tangan", namun kebanyakan orang mencondongkan frasa "hand sanitizer" tersebut. Sanitasi bermaksud membersihkan (kata kerja), namun saya tidak pernah jumpa orang menggunakan "pembersih tangan" sebagai padanan "hand sanitizer". Mohon panduan dan nasihat. Terima kasih.

Untuk makluman, setelah perbincangan dibuat, setakat ini pihak DBP memutuskan perkataan “hand sanitizer” diberikan padanan dalam bahasa Melayu sebagai “pensanitasi tangan”. Sesuatu perkataan asing itu dicondongkan sekiranya tidak terdapat perkataan dalam bahasa Melayu. Sekiranya ada, maka perkataan dalam bahasa Melayu itu hendaklah digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan24.03.2020
Saya ingin mendapatkan padanan bagi istilah 'festschrift' dalam bahasa Melayu. saya telah merujuk kamus dwi bahasa terbitan dewan tetapi istilah tersebut tidak wujud. Bolehkah saya gunakan istilah Inggerisnya sahaja dengan mencondongkan ejaannya dalam cetakan?Untuk makluman, padanan istilah bahasa Melayu untuk festschrift ialah terbitan dedikasi (bidang Perpustakaan) dan skrip kenangan (bidang Kesusasteraan).Istilah12.05.2011
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi perkataan di bawah? Imazapyr Perkataan berkaitan bidang kimia. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Perkataan imazapyr tiada dalam entri kamus Dewan mahupun istilah dalam bahasa Melayu. Namun begitu,  anda masih boleh menggunakan istilah kimia tersebut dalam teks bahasa Melayu dengan mencondongkan tulisan perkataan tersebut.

Terima kasih.
Istilah05.06.2017
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi perkataan di bawah? 1. Imazapic Perkataan berkaitan bahan-bahan kimia. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Perkataan imazapic tiada dalam entri kamus Dewan dan juga istilah dalam bahasa Melayu.  Namun begitu, anda masih boleh menggunakan perkataan tersebut dalam teks bahasa Melayu dengan mencondongkan tulisan perkataan tersebut.

Terima kasih.
Istilah05.06.2017
Bagaimanakah cara menulis judul lagi seperti ayat berikut? Perlu dicondongkan ataupun tidak, perlu tanda pembuka dan penutup kata ataupun tidak? Contoh ayat: Pada mulanya kami menyanyi lagu “On Top of Old Smokey” mengikut rentak asalnya.Contoh menulis judul lagu yang puan berikan adalah betul, iaitu meletakkan tanda petik pada awal dan akhir judul tanpa mencondongkan tulisan.Lain-lain10.03.2017

Kembali ke atas