Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.con.dong.kan] | منچوندوڠکن

Definisi : memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.con.dong.kan] | منچوندوڠکن

Definisi : membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencondongkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
keretut (Ken.)keretut (Ken.)KesenianTiadaProses mencondongkan bahagian anyaman dengan cara mengetatkan tali yang dipintal.
canted anglesudut condongKomunikasiTiadaTangkapan yang dilakukan dengan cara mencondongkan kedudukan kamera.
dynamic stabilitykestabilan dinamikKejuruteraanTiadaJumlah tenaga yang diperlukan untuk menegakkan kapal atau mencondongkan ke sudut tertentu.
undercutunderkutPergigianTiadaProsedur membentuk pegangan kaviti dengan membuat dasar kaviti yang lebih luas daripada permukaan oklusi. Ia boleh dicapai dengan menggunakan bur berbentuk pir, bur kon terbalik atau dengan mencondongkan bur fisur rata ke arah permukaan oklusi.
empathicberempatiPsikologiPsikologi UmumKeupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain, objek semula jadi atau produk estetika. Seseorang itu dianggap berempati dengan orang lain apabila dia menyedari dan memahami perasaan, keperluan dan penderitaan mereka. Contohnya, apabila berlaku kematian, tingkah laku empati ditunjukkan melalui sokongan emosi dan sosial seperti menziarahi keluarga si mati, memberi bantuan kewangan dan ucapan takziah. Contoh empati terhadap objek semula jadi atau produk estetika adalah apabila pemandu dan penumpang kereta mencondongkan badan mereka ke hadapan semasa mendaki bukit supaya kereta yang dinaiki tidak merasa berat dalam pendakian itu.

Kembali ke atas