Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.con.toh] | منچونتوه

Definisi : mengambil jadi contoh, menela­dan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.con.toh] | منچونتوه

Definisi : mengambil contoh drpd; membuat sesuatu menurut contoh; meniru: Dia sedang asyik ~ gambar yg ada di dlm buku itu. Buatlah hitungan itu sendiri, tidak usah ~ temanmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencontoh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
IMBUHAN 'MENCONTOH' ATAU 'MENCONTOHI' YANG LEBIH TEPAT. KERAP JUMPA DALAM BUKU RUJUKAN SEJAK AKHIR-AKHIR INI TETAPI BELUM PERNAH JUMPA SEJAK BILA DIUBAH ATAU DIKEMAS KINI. TERIMA KASIH.kedua-dua perkataan tersebut betul dan boleh digunakan mengikut situasi mencontoh bermaksud mengambil jadi contoh, meneladan, meniru, mencontohi pula bermaksud membuat sesuatu dgn mengikut contoh, meneladani. Untuk keterangan lanjut sila lihat Kamus Dewan Edisi 4Makna24.07.2007
Adakah penggunaan "mencntoh" dan "mencontohi" dalam ayat-ayat di bawah betul/ Jika salah, apakah alasannya. Terima kasih a) Adik mencontohi gerak-geri kakak saya semasa menari. b) Adik mencontoh gerak geri kakak saya semasa menanri. c) Anak-anak akan mencontohi sikap baik ibu bapa mereka. d) Anak-anak akan mencontoh sikap baik ibu bapa mereka. e) Kanak-kanak harus mencontohi tabiat orang dewasa. Adakah penggunaan "mencntoh" dan "mencontohi" dalam ayat-ayat di atas betul. Jika salah, apakah alasannya. Terima kasih.Semua ayat yang menggunakan perkataan "mencontohi" betul,   manakala ayat yang menggunakan perkataan "mencontoh" salah.  Hal ini kerana perkataan "contoh" tidak menerima awalan Men- sahaja, tetapi harus diapit dengan men- dan ...-iLain-lain02.10.2014

Kembali ke atas