Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.co.ra/.kan] | منچورقکن

Definisi : 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.co.ra/.kan] | منچورقکن

Definisi : 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencorakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ibu merupakan insan yang penting dalam mencorakkan kehidupan kita. adakah ayat tersebut betul?Contoh ayat yang diberikan "Ibu merupakan insan yang penting dalam mencorakkan kehidupan kita." ialah betul dari segi penggunaan tatabahasanya.Tatabahasa25.03.2019
Mohon pencerahan tentang:- 1. Ejaan - cha kue tiau / chaw kuew tiyau atau yang betulnya dieja bagaimana? 2. Pendidikan norma baharu mampu mencorakkan pemikiran matang anak muda pascamerdeka. ATAU Pendidikan noma baharu mampu untuk mencorakkan pemikiran matang anak muda pascamerdeka. Terima kasih.Ejaan yang tepat ialah char kuetiau.

Ayat yang betul ialah Pendidikan norma baharu mampu mencorakkan pemikiran matang anak muda pascamerdeka.
Lain-lain28.12.2020
Perkataan "diacuankan" atau "mengacuankan" boleh dibentuk untuk menyatakan kerja "menjadikannya suatu bentuk" atau tidak?Acuan juga bermaksud sesuatu yg dapat membentuk atau mencorakkan sesuatu (kiasan), mengacuankan boleh dibentuk sama makna dengan mencorakkan, diacuankan tiada penggunaannya dalam bentuk (dibentukkan) atau corak (dicorakkan)Tatabahasa15.06.2007
Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi adalah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju di abad ke 21. Kemajuan dalam bidang pertanian yang negara kita miliki sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Soalan: Apakah kesalahan dalam bahasa dalam petikan di atas dan jika terdapat kesalahan apakah alasannya?

Ayat yang dibetulkan adalah seperti yang berikut:

Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi ialah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju pada abad ke-21. Kemajuan dalam bidang pertanian di negara kita sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Bab 9 Kata Tugas untuk maklumat lanjut. 

Tatabahasa09.09.2009
Apakah jenis ayat di bawah. 1. Sedar atau tidak bahasa Melayu ketinggalan sebagai medium utama dalam dua revolusi terdahulu, iaitu Revolusi Pertanian (8000 sebelum Masehi) dan Revolusi perindustrian ( 1765 Masehi) 2.Kini dunia mengalami gelombang ketiga menerusi Revolusi Teknologi Maklumat yang dikatakan bermula seawal 1955. 3. Revolusi ini mempercepatkan lagi proses globalisasi, mencorakkan semula ekonomi serta mempengaruhi cara hidup dan cara manusia bekerja. 4.Sejak awal lagi bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa komunikasi utama di internet. 5. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di internet dan transaksi e-dagang sangat dominan. 6. Apabila perniagaan di internet mula berkembang di Barat dan menular ke serata dunia, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa komunikasi pemasaran.Kesemua contoh ayat yang diberikan boleh dikategorikan dalam kumpulan ayat penyata, iaitu ayat yang yang mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.Tatabahasa07.04.2013
Tuan, Dalam bahasa Inggeris, penggunaan Mrs Ali adalah untuk panggilan isteri kepada Tuan Ali yang bernama Muna. Soalannya: 1) Mengapa dalam bahasa Melayu tidak diguna pakai panggilan Puan Ali, sebaliknya kita memanggil dengan nama Puan Muna. 2) Adakah rujukan untuk panggilan hormat kepada seseorang. Terima kasih.Assalammualaikum WM WBT. 1. Saudara, kata sapaan dalam bahasa Melayu mencorakkan ketinggian nilai dan akal budi masyarakat Melayu. Kata sapaan dalam bahasa Melayu jelas untuk membezakan jantina dan tersurat juga dalamnya nilai-nilai Islam yang amat berkait dengan budaya masyarakat Melayu. 2. Panggilan hormat kepada seseorang biasanya berdasarkan jantina, kedudukan dalam masyarakat, dan pangkat dalam perjawatan. Contohnya, tuan, puan, mak cik, pak cik, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Yang Mulia dan sebagainya.Lain-lain19.06.2014

Kembali ke atas