Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.co.ra/.kan] | منچورقکن

Definisi : 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.co.ra/.kan] | منچورقکن

Definisi : 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencorakkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chromophorekromoforKimiaTiadaSebarang bahan yang kehadirannya dapat mencorakkan warna dalam sebatian.
communalperkaumanSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang dicirikan oleh unsur-unsur etnik seperti agama, bahasa dan budaya. Dalam pensegmenan ini, unsur perkauman akan membentuk nilai sosial yang dikenaIi sebagai subbudaya. Subbudaya ini akan mencorakkan pelbagai aspek kehidupan sosial seperti kekeluargaan, penempatan, bahasa, organisasi, pendidikan dan kegiatan ekonomi. Subbudaya yang dominan juga akan mempengaruhi hubungan sosial yang terjaIin antara satu etnik dengan etnik yang lain. Dalam masyarakat yang sebegini, institusi sosial yang terbentuk akan melambangkan identiti etnik masing-masing. Hal ini secara tidak langsung menjadikan struktur masyarakat didominasi oleh elemen perkauman serta akan mewujudkan sentimen dalam hubungan sosial, ekonomi dan politik masyarakat tersebut. Situasi ini menjadikan struktur dan hubungan sosial masyarakat amat rapuh dan sensitif serta mudah mencetuskan konflik. Contohnya, kehidupan sosial, ekonomi dan politik India, Fiji dan Sri Lanka jelas berasaskan perkauman.
castacuanKesenianHiasan DalamanBekas yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit yang dikehendaki, dengan menuangkan bahan cecair ke dalamnya. Antara bahan yang digunakan untuk membina acuan ialah papan lapis, aluminium, keluli, dan plastik. Biasanya, acuan digunakan dalam kerja membentuk atau mencorakkan sesuatu objek, seperti membina asas bangunan, rasuk, tiang, dinding, lantai, tangga atau tembok.
formworkacuanKesenianHiasan DalamanBekas yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit yang dikehendaki, dengan menuangkan bahan cecair ke dalamnya. Antara bahan yang digunakan untuk membina acuan ialah papan lapis, aluminium, keluli, dan plastik. Biasanya, acuan digunakan dalam kerja membentuk atau mencorakkan sesuatu objek, seperti membina asas bangunan, rasuk, tiang, dinding, lantai, tangga atau tembok.
microcontact printingpercetakan mikrosentuhFizikNanoteknologiTeknik untuk menghasilkan corak nanoskala litografi pada suatu permukaan emas menggunakan elastomer (bahan seperti getah) sebagai pengecap dan monolapisan alkiltiol sebagai dakwat. Teknik ini digunakan untuk mencetak lapisan protein dan polipeptida sintetik. Teknik ini mempunyai kelebihan berbanding teknik fotolitografi dalam mencorakkan lapisan biomolekul yang sensitif kerana tidak memerlukan penggunaan larutan yang tajam dan beralkali.

Kembali ke atas