Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuba 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, dua ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Wit cuba mengagak peristiwa itu. 2. Wit mencuba mengagak peristiwa itu. Saya merasakan bahawa "mencuba" lebih sesuai, kerana "mencuba" bermaksud berusaha untuk mencapai maksud. Jadi, "mencuba mengagak peristiwa itu" bermaksud "berusaha untuk meneka peristiwa itu". Adakah pendirian saya betul? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 19, terbitan Syarikat Pelangi)Kata mencuba lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015
Tuan, apakah perbezaan makna antara kata "cuba" dengan kata "mencuba" dalam ayat-ayat sebelah ini? Kata "cuba" atau "mencuba" yang harus digunakan? Ayat: 1. Adila ingin cuba memulihkan jiwa Bujei. 2. Adila ingin mencuba memulihkan jiwa Bujei. 3. Saya akan cuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. 4. Saya akan mencuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu.Ayat yang betul ialah:
1. Adila ingin mencuba memulihkan jiwa Bujei.
2. Saya akan mencuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. 
Sila rujuk kamus untuk melihat perbezaan makna antara kata cuba dan mencuba.
Tatabahasa16.01.2015
1.Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. 2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan. 3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. Yang mana betul. terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi.1. Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan.

Amirah cuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan.

2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan.

Menggariskan perkataan...

3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. 
mengajarkan bahasa Melayu.

Tatabahasa18.03.2013
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya..antara ayat di bawah, yang manakah paling tepat?Dan apakah alasannya (betul/salah) bagi setiap ayat contoh tersebut? 1. Saif sedang cuba untuk mengait pokok kelapa yang tinggi itu. 2. Saif sedang mencuba mengait pokok kelapa yang tinggi itu. 3. Saif sedang mencuba untuk mengait pokok kelapa yang tinggi itu. 4. Saif sedang cuba mengait pokok kelapa yang tingi itu. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saif mencuba untuk mengait buah kelapa pada pokok yang tinggi itu". Dalam ayat ini, "Saif" ialah subjek ayat, "mencuba" ialah kata kerja transitif dan frasa "untuk mengait buah kelapa pada pokok yang tinggi itu" ialah klausa komplemen dan klausa komplemen ini berfungsi sebagai objek. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Awalan Kata Kerja, Kata Kerja Transitif dan Ayat Majmuk Pancangan.Tatabahasa29.04.2013
Ayat yang manakah yang betul? 1. Dia cuba untuk minum air itu. 2. Dia cuba minum air itu. 3. Dia mencuba untuk minum air itu. 4. Dia mencuba minum air itu.Puan, keempat-empat ayat adalah betul. Akan tetapi, ayat yang lebih gramatis ialah ayat 3.Tatabahasa23.12.2014
1)Saya ingin mencuba nasib untuk menghantar beberapa puisi berbentuk islami ke majalah terbitan dewan bahasa dan pustaka. Email manakah yang perlu saya rujuk dan atas nama siapa?Puan boleh menghubungi bahagian Majalah DBP melalui talian 03 21479281 atau 03 2147 9269.Karya07.03.2016
Salam dan terima kasih kerana membantu. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? "Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah adalah penting, terutamanya pada mulanya. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat. Semakin ringkas struktur kempen anda, semakin efisien dan berkesan struktur itu akan menjadi."Ayat yang betul:

1. Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah merupakan perkara penting, terutamanya pada peringkat permulaan.

2. Semakin ringkas kempen, semakin efisien dan berkesan.

3. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat - Ayat ini tidak dapat difahami, sila berikan padanan jika diterjemahkan daripada bahasa Inggeris untuk kami lihat kesesuaian konsepnya sebelum memberikan jawapan yang tepat.
Lain-lain04.09.2019
Merujuk soalan 33 yang telah saya tanya sebelum ini iaitu ' mereka mencuba melupakan masalah itu'. Akhirnya, tuan menjelaskan bahawa ayat aktif di atas perlu dipasifkan menjadi ' Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka'. kata ' mencuba ' (dalam ayat aktif )pula ' menjadi ' cuba' ( dalam ayat pasif). Penjelasan tuan telah saya fahami. Cuma saya ingin tahu sebab 'meN- ' itu boleh digugurkan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya'meN-' akan menjadi 'di' (jika pelaku KGND ketiga ) atau tanpa imbuhan 'di" (jika pelaku KGND 1 @2). untuk makluman tuan, saya sedang berusaha menjadi Munsyi Dewan yang lebih baik. Oleh itu saya perlu rajin bertanya. Tuanlah menjadi tempat rujukan saya . Tuan juga yang menjadikan saya lebih yakin berhadapan dengan khalayak. Terima kasih.

Imbuhan meN- tidak digunakan dalam ayat pasif. Bagi ayat tersebut "cuba" ialah kata bantu, manakala "dilakukan" ialah kata kerja, maka tidak perlu kata bantu diberi imbuhan. Selain itu, ada sesetengah kata kerja tidak memerlukan imbuhan seperti "makan" dan "minum".

Tatabahasa30.04.2009
1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih !

Ayat yang telah diperbetul  1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu.

2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan.

3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai

4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul

Tatabahasa26.09.2009
1. Minah memasukkan se_________ kuih talam ke dalam mulutnya untuk mencuba rasa. Jawapan : (potong atau cubit) 2. memotong bawang secara kecil-kecil, apakah kata kerja yang paling sesuai ? (menghiris atau mencincang atau memotong)Jawapan soalan 1 ialah secubit manakala soalan 2 ialah menghiris.Tatabahasa23.10.2015
123

Kembali ke atas