Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.bit] | منچوبيت

Definisi : 1. menyepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, menggetil: ia terkejut apabila pahanya dicubit; 2. ki mengambil sedikit (makanan dll): aku ~ kuih itu sedikit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.bit] | منچوبيت

Definisi : 1 menyepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain; menggetil: Dia ~ paha anaknya yg nakal itu. 2 ki mengambil (makanan dll) sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencubit

Peribahasa

Seorang mencubit seorang menampar,
     yang menampar jugalah disalahkan.

Bermaksud :

Orang yang cerdik membuat kejahatan di dalam diam, tiada yang tahu; si bodoh melakukan kejahatan di dalam terang, terus disalahkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ada satu pertanyaan. Adakah kita perlu menggunakan menggetil atau mencubit untuk ayat berikut; Mak menggetil/mencubit isi ayam untuk adik. Terima kasih.Assalamualaikum,

Penggunaan perkataan mengetil atau mencubit membawa maksud yang sama. Oleh itu, kedua-keduanya boleh dipakai dan tidak menjadi kesalahan. 



Pengembangan29.11.2019
frasa mana yang betul? 1) kedinginan air terasa mencubit kulit. 2) kedinginan air terasa kulit dicubit-cubit.Frasa yang betul ialah "Kedinginan air terasa seperti kulit dicubit-cubit." Kata sendi nama "seperti" digunakan untuk menyatakan maksud perbandingan.Tatabahasa07.12.2020

Kembali ke atas