Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ci] | منچوچي

Definisi : 1. membersihkan dgn air, mem­basuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ci] | منچوچي

Definisi : 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2 membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuci

Puisi
 

Hujan ribut mencuci kain,
     Belum kering bertolak ke tanah;
Bila tuan sedang bermain,
     Kamilah pula kena fitnah


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As salam. Saya hendak bertanya mengenai penggunaan perkataan membasuh dan mencuci. Jika kita hendak membina ayat "emak sedang mencuci/membasuh pakaian... Ayah sedang membasuh/mencuci kereta... adik membasuh/mencuci tangan selepas makan.. Yang mana satu lebih tepat? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa30.09.2013
1. Ali mencuci baju pada setiap hari. 2. Pada setiap hari, Ali mencuci baju. Adakah ayat-ayat di atas adalah betul?1. Ali mencuci baju pada setiap hari. 2. Pada setiap hari, Ali mencuci baju. Kedua-dua ayat tersebut betulTatabahasa11.06.2009
1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Adakah ayat-ayat di atas adalah betul?1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Kedua-dua ayat tersebut betul dan ayat pertama merupakan ayat majmuk.Tatabahasa11.06.2009
Ayat Majmuk Gabungan digabungkan menggunakan kata hubung "dan". Contohnya, Ali dan bapanya mencuci kereta. Adakah ayat berikut diambil kira sebagai ayat majmuk gabungan juga? Kenapa? Ali mencuci kereta bersama bapanya. Ali mencuci kereta dengan bapanya. Terima kasih.
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Bagi ayat di atas, ayat yang digabungkan adalah seperti yang berikut:

1. Ali mencuci kereta.
2. Bapanya mencuci kereta.

Ayat majmuk gabungan: Ali dan bapanya mencuci kereta.
Tatabahasa30.05.2022
1. Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. 2. Ali mencuci keretanya supaya keretanya kelihatan bersih. Ayat manakah yang gramatis?Ayat pertama (1) yang gramatis: Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih.Tatabahasa03.04.2015
Hakim mencuci tangannya sebelum makan. tolong tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif untuk saya. terima kasihHakim mencuci tangannya sebelum makan. Ayat yang betul ialah 'Hakim mencuci tangan sebelum makan.' Ayat pasif bagi ayat tersebut ialah Tangan Hakim dicuci sebelum makan.Tatabahasa27.03.2007
Pak Ali mencuci kandang supaya bersih/sehingga bersih. Terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan iaitu Pak Ali mencuci kandang supaya bersih dan Pak Ali mencuci kandang
sehingga bersih. 
Tatabahasa10.09.2021
Cikgu, apakah perbezaan maksud "membasuh" dengan "mencuci"? Contoh frasa: 1. membasuh baju 2. mencuci baju Tolong terangkan pernyataan berikut. Terima kasih DBP, teruskan semangat bahasa Melayu!Membersih sama maksudnya dengan mencuci, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa10.05.2014
1) Siti yang berambut panjang itu sedang mencuci baju. 2) Siti yang berambut panjng sedang mencuci baju. tolong jelaskan penggunaan itu dalam ayat pertama adakah betul dari segi tatabahasa . adakah ayat yang pertama boleh diterima pakai dalam penulisan ayat. terima kasih.Penggunaan “itu” dalam ayat - Siti yang berambut panjang itu sedang mencuci baju” betul. “Itu” dalam ayat tersebut dikategorikan sebagai penentu belakang. Penentu belakang ialah unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata penentu “itu”  dan “ini”.Tatabahasa19.02.2014
Salam sejahtera tuan, Tuan saya ingin bertanya ayat-ayat berikut yang manakah yang betul? A. Setelah siap kami mencuci. B. Setelah kami siap mencuci.Jawapan yang betul ialah B. Setelah kami siap mencuci...  Walau bagaimanapun,  ayat ini tidak lengkap dan perlu ada sambungannya.Tatabahasa03.02.2014
12345

Kembali ke atas