Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.cu/] | منچوچوق

Definisi : 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; 2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dll); dicucuk orang hidung = spt kerbau dicucuk hidung prb menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah); 3. menyuntik (utk memasukkan ubat dlm badan): utk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; 4. merangkai-rang­kaikan (menganggit) dgn cucuk (tusuk): ~ atap; 5. ki menghasut, mengacum, mengapi-­apikan, menimbulkan kemarahan orang: dialah yg ~-orang itu hingga mereka bergaduh; 6. ki menusuk atau masuk ke dlm: bau nasi lemak yg ~ hidung; ~ hati ki a) menyakiti hati; b) memilukan hati; ~ mata a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.cu/] | منچوچوق

Definisi : 1 menusuk dgn benda tajam spt jarum dsb; menyemat (dgn peniti). 2 membuat lubang pd hidung kerbau, lembu dll; melubangi (hidung kerbau); menindik. 3 merangkai-rangkaikan (ikan dll) dgn cucuk. 4 menyuntik (utk memasukkan ubat ke dlm badan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencucuk

Puisi
 

Hari panas mencucuk benang,
     Benang menjahit baju kebaya;
Air jernih lubuknya tenang,
     Jangan disangka tiada buaya.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melincu[m«.lin.tSu]kata kerjamencucuk mata (perbuatan mencucuk orang lain dengan jari, biasanya anak kepada emak).Nakal bena kau ni, asyek melincu orang aje.[nA.kAl b«.nA kAu ni A.Se/ m«.lin.tSu o.ÄAN A.dZ«]Nakal benar engkau ini, asyik mencucuk mata orang sahaja.

Kembali ke atas