Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.cu/] | منچوچوق

Definisi : 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; 2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dll); dicucuk orang hidung = spt kerbau dicucuk hidung prb menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah); 3. menyuntik (utk memasukkan ubat dlm badan): utk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; 4. merangkai-rang­kaikan (menganggit) dgn cucuk (tusuk): ~ atap; 5. ki menghasut, mengacum, mengapi-­apikan, menimbulkan kemarahan orang: dialah yg ~-orang itu hingga mereka bergaduh; 6. ki menusuk atau masuk ke dlm: bau nasi lemak yg ~ hidung; ~ hati ki a) menyakiti hati; b) memilukan hati; ~ mata a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.cu/] | منچوچوق

Definisi : 1 menusuk dgn benda tajam spt jarum dsb; menyemat (dgn peniti). 2 membuat lubang pd hidung kerbau, lembu dll; melubangi (hidung kerbau); menindik. 3 merangkai-rangkaikan (ikan dll) dgn cucuk. 4 menyuntik (utk memasukkan ubat ke dlm badan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencucuk

Puisi
 

Hari panas mencucuk benang,
     Benang menjahit baju kebaya;
Air jernih lubuknya tenang,
     Jangan disangka tiada buaya.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan menjolok mata dengan mencolok mataUngkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll).Makna30.07.2008
adakah mencolok mata dan menjolok mata sama?

Yang betul ialah mencolok mata (iaitu mencucuk mata).

Tatabahasa17.05.2009
Ingin bertanya tentang jawapan yang sesuai mengikut konteks ayat seperti berikut Pakaian yang ketat dan jarang bukan sahaja______mata malah bertentangan dengan nilai ketimuran. A. menjolok B. mencolok C. mencucuk b) Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan perkataan tersebut?Pakaian yang ketat dan jarang bukan sahaja mencolok mata malah bertentangan dengan nilai ketimuran. Untuk melihat perbezaan penggunaan setiap perkataan yang diberi sila rujuk kamus dan memilih makna yang paling sesuai dengan ayat tersebut.Tatabahasa01.09.2008
Apa beza mencolok mata dan menjolok mata?Tiada dijumpai simpulan bahasa mencolok mata. Colok ialah suluh yang dibuat darip[ada kain buruk dan dicelup dalam minyak. Mencolok bermaksud menyuluhi dengan colok, menusuk atau mencucuk, mencelup. Menjolok mata bermaksud dibenci, iaitu perkara atau perbuatan yang  melnggar batas kesusilaan dan norma masyarakat seperti cara berpakaian dan kelakuan.Makna26.06.2008
Mengapa klausa menjolok mata dianggap salah penggunaanya dalam bahasa Melayu sedangkan maknanya hampir sama dengan mencolok mata? menjolok mata=a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). mencucuk mata; a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu;

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dan sebagainya (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat.

Tatabahasa11.05.2010
Mohon penjelasan tentang perbezaan penggunaan frasa mencolok mata dengan menjojok mata. Terima kasih

Istilah menjojok mata tiada dalam sumber rujukan kami. Mungkin yang saudara maksudkan ialah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata mencolok mata bermakna 1. mencucuk mata; 2 (bahasa kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar; 3. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung (kerongkong dll.); 3. memancing-mancing keterangan dll; daripada orang, mengajuk atau menduga hati. Oleh itu, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang tepat ialah mencolok mata. Contoh penggunaan: Kakitangan wanita dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat.

Tatabahasa11.07.2010
Assalammualaikum, Tuan yang dirahmati Allah, Apakah beza 'mencolok mata' dan 'menjolok mata'? Adakah kedua-duanya mempunyai maksud yang sama?Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); dan mencolok mata bermaksud mencucuk mata dan juga kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Kedua-dua frasa tersebut betul tetapi kita menerima pakai kata kiasan mencolok mata untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya.Tatabahasa22.07.2013
Salam tuan. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan nombor 17 ini. Skema jawapan yang diberikan adalah B. kaki ... sebuah Sekian terima kasih.Jawapan yang tepat sama seperti skema jawapan yang diberikan.  Selain kuntum, penjodoh bilangan untuk bunga ialah kaki kerana ayat tersebut menyebut ...mencucuk beberapa ........ bunga pada span.  Bungan itu mempunyai batang yang boleh dicucuk pada span.  Sementara penjodoh bilangan untuk bakul ialah "sebuah"Lain-lain20.08.2014
Apakah padanan yang sesuai bagi istilah acupunture yang merujuk kepada a blend of "acupuncture" and "pressure"?Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud acupuncture ialah akupunktur yang bermaksud kaedah perubatan (yang berasal daripada suatu amalan perubatan di negara China) untuk menyembuhkan penyakit dengan cara mencucuk tempat-tempat tertentu pada kulit dengan hujung jarum.Istilah06.11.2017
1. Berdasarkan penerangan tuan pada 1.5.2011, tiada istilah 'menjolok mata'; merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, m.s. 636, 'menjolok mata' bermaksud , (a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; (b) memberi malu, menyakitkan hati. Merujuk Kamus SDA, m.s. 285, 'mencolok mata' bermaksud (a) mencucuk mata; (b) tampak jelas, kelihatab jelas benar; (c) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Soalan saya: adakah penerangan ini bererti bahawa 'menjolok mata' dab 'mencolok mata' membawa maksud yang sama apabila digunakan dalam ayat berikut; 'Pakaian gadis itu sangat menjolok mata/mencolok mata ', bolehkah kedua-dua frasa ini diterima dan betul? Saya menemui dua contoh latihan membetulkan kesalahan bahasa dalam Akhbar Dalam Pembelajaran Utusan Malaysia yang bertarikh 24 Mac 2011 dan 19 Mei 2011 yang menyatakan frasa 'mencolok mata' harus dibetulkan dengan frasa 'menjolok mata' . Oleh itu, saya amat keliru. Sila jelaskan. Terima kasih. 2. Adakah benar istilah 'baru' yang diguna pakai sekarang ialah 'baharu' untuk frasa 'Tahun Baharu Cina, baju baharu, kereta baharu' manakala istilah 'baru' bermaksud 'belum berapa lama lagi' seperti dalam frasa 'baru dia sedar, baru balik dari sekolah'? Sila jelaskan.

1. Frasa 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' kedua-duanya adalah betul.  Antara maksud 'mencolok mata' termasuklah dikiaskan kepada menimbulkan rasa meluat  dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan tentang pakaian, kelakuan dan sebagainya. Dan lazimnya kita menggunakan maksud kiasan 'mencolok mata' apabila merujuk keadaan yang berkenaan.  

2. Perkataan baru dan baharu kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun dalam penggunaan harian apabila kita menterjemahkan kata 'new'  ke dalam bahasa Melayu perkataan yang digunakan ialah baru dan baharu seperti rumah baru, buku edisi baharu, kata 'just' pula diterjemahkan kepada baru sahaja seperti baru sebentar tadi.  

Tatabahasa20.05.2011
12

Kembali ke atas