Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.cur.kan] | منچوچورکن

Definisi : memulangkan wang (baki drpd membeli barang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.cur.kan] | منچوچورکن

Definisi : 1. mengalirkan turun, me­mancarkan, memancurkan; ~ air mata me­nangis; 2. memberikan (mengurniakan dsb) banyak-banyak, melimpahkan: semoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yg sangat dikasihi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.cur.kan] | منچوچورکن

Definisi : 1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencucurkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmatAyat yang betul ialah Semoga tuhan mencucuri kami rahmatTatabahasa07.08.2010
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmat, yang manakah betul?Tuhan mencucuri makhluk-Nya dengan rahmat dan Semoga Tuhan mencucurkan rahmat ke atas rohnya.Tatabahasa08.08.2010
soalan 1.Penggunaan tanda baca ( , koma ) selepas kata 'dan'..adakah perlu atau sebaliknya, harap dapat penjelasan. 2.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 3.Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Ayat 3 yang tepat. Harap dapat penjelasan penggunaan kata 'mencucuri' dengan 'mencucurkan' dalam ayat. 4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 5. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Ayat 5 yang tepat. Harap dapat penjelasan. 6. oleh kerana itu dan oleh sebab itu..apa perbezaannya. terima kasih.1. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum atau selepas kata "dan" kecuali apabila menyenaraikan perkara yang berlainan kategori boleh diletakkan koma sebelum dan seperti Ali ke kedai membeli ikan, sotong, dan pisau.
2&3. Kedua-dua ayat itu betul kerana mencucuri dan mencucurkan bermaksud melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang.
4&5. Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi" kerana kata kerja aktif transitif ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "...kamu disembayhangi".
6. Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. "Oleh" ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284.
Tatabahasa04.01.2013
Salam sejahtera pihak DBP. Ada kemusykilan. Ayat yang mana betul? A) Semoga roh allahyarham dicucurkan rahmat daripada Allah ATAU B) Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat daripada Allah. C) Semoga Allah mencucurkan@mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Terima kasih ya.Ayat yang betul ialah "Semoga Allah mencucurkan/mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham." Tatabahasa19.12.2022
Salam sejahtera, Adakah ayat ini betul: Tuhan akan mencucurkan berkat ke atas manusia? Adakah penggunaan "ke atas" itu benar? Adakah perkataan "atas" atau "kepada" lebih sesuai? mohon penjelasan. Terima kasih banyak!Kata sendi nama yang paling gramatis ialah kepada. Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad, seperti Ali mengirim surat kepada Ahmad.Tatabahasa22.06.2016
A) Antara 2 ayat berikut, yang manakah lebih tepat 1) Kami akan kemaskan bilik ini semula selepas digunakan. 2) Akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan. Mengapa? B) Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat ini? 1) Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucurkan kita dengan rahmat-Nya. 2) Sejak dari semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan.Ayat yang betul ialah ' akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan'. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat kedua: Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucuri kita dengan rahmat-Nya. Ayat ketiga: Sejak semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. Tatabahasa08.04.2008

Kembali ke atas