Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.rah.kan] | منچورهکن

Definisi : 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpah­kan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak­-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyum­bangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.rah.kan] | منچورهکن

Definisi : 1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-ba­nyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencurahkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah"menyiram air pada pokok bunga"betul?kerana ada yang mengatakan bahawa"menyiram" sudah membawa maksud"mencurahkan air",maka "air" perlu digugurkan .Menyiram boleh membawa maksud mencurahkan air dan lain-lain pada sesuatu, namun lazimnya air yang digunakan untuk menyiram. Frasa "menyiram bunga" sudah lengkap dari segi makna.Tatabahasa08.05.2014
1.Malah,kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan sabarnya mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya. 2.Salam,saya nak tanya apakah kesalahan dalam ayatdi sini?Boleh tak menggunakan ‘Yang dengan ’ bersama? 3.Ternyata puisi tersebut mengiktiraf insan mulia bergelar guru sebagai insan yang bertungkus-lumus mencurahkan bakti ‘demi ’mendidik anak bangsa agar menjadi generasi yang seimbang dari segi rohani,jasmani,emosi,rohani,intelektual dan sosial. Perkataan kata sendi nama ‘demi’ boleh digunakan di sini?atau penggunaan ‘demi’sudah salah manakala apakah perbezaan antara bagi dengan demi 4.melahirkan perasaan simpati atau menimbulkan perasaan simpati?

1. Ayat yang betul ialah: Malah, kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya dengan lembut dan sabar. 2. Kata sendi tidak boleh hadir bersama-sama kata sendi. 3. Kata Penggunaan kata sendi nama “demi” dalam contoh ayat tersebut betul. Kata sendi “bagi” digunakan di hadapan frasa nama yang fungsinya menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaan tertentu “bagi” boleh bervariasi dengan kata sendi nama “untuk”. Kata sendi nama “demi” pula membawa makna tujuan. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman:276-277). Perkataan “melahirkan perasaan simpati” dan “menimbulkan perasaan simpati” boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat. Contohnya; i. Tuanku Permaisuri Agong melahirkan perasaan simpati baginda dengan mencemar duli membantu mangsa banjir di pusat penempatan sementara. ii. Pelbagai kisah suka duka   yang ditayangkan melalui slot Bersamamu menimbulkan perasaan simpati masyarakat untuk bersama-sama membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Tatabahasa20.01.2021
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1) Kita hendaklah menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab. 2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.Ayat yang betul ialah seperti yang berikut:


1) Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.


2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak.
Tatabahasa03.04.2015
Apaka perbezaan di antara menyiram dan menjirus?Menyiram bermaksud mencurahkan air dan lain-lain pada sesuatu, misalnya bunga; mendirus atau menjirus. Menjirus bermaksud menyiram dengan air.Makna09.06.2008
Apakah perbezaan antara menyiram, menjirus dan mendirus? Boleh jelaskan cara penggunaanya? Sekian, terima kasih.Menyiram, menjirus dan mendirus mempunyai maksud yang sama, iaitu mencurahkan air dan lain-lain pada sesuatu.

Tatabahasa09.09.2021
Apakah maksud 'mengirai', 'mengirah', dan 'mengikir'?Mengirai/mengiraikan bermaksud mengibas-ngibas dengan keras(supaya hilang debu), mengirapkan,mengepak-ngepak atau mengoyang-goyangkan sayap. Mengirah bermaksud membuang atau mencurahkan(air,minuman dll.). Mengikir bermaksud melicinkan(mengikis dll. dengan kikir. Untuk mendapatkan makna perkataan saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  Makna08.04.2008
Pergi siramkan air pada tanaman. Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah "Pergi siramkan tanaman." Tidak perlu lagi meletakkan "air" dalam ayat tersebut kerana perkataan siram sudah membawa maksud mencurahkan air.Tatabahasa30.08.2022
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?)

1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung.

2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan.

3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur.

4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 

5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang.  

6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 

7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. 

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. 

Tatabahasa21.10.2011
Apakah maksud bagi simpulan bahasa bawah ini? 1 patah hati 2 kering keringat 3 kering mulut 4 kering gusi 5 kering ringkai terima kasih

Saudara Gan,

Maksud simpulan bahasa yang dikemukakan ialah :

  i. hilang kemahuan;hilang keberanian; tidak hiraukan lagi, kecewa

 ii.  payah sekali; sangat letih;mencurahkan segenap tenaganya

iii.  tidak ada maksud untuk simpulan bahasa kering mulut

iv. tak putus-putus ketawa

v. barang jemuran yang kering sekali

 

Makna03.02.2010
Salam sejahtera.. Sekiranya merujuk kepada kamus, memang jelas bahawa perkataan-perkataan ini wujud dan mempunyai maksud yang tersendiri. Namun malangnya, apabila latihan tatabahasa dikemukakan. lain pula jawapan yang diterima: 1) memperakui - tidak wujud? 2) memperakukan - mengesahkah / certify 3) memperhamba - menjadikan seseorang sebagai hamba 4) memperhambakan - mengabdikan diri sebagai hamba 5) menghambakan (diri) - mengabdikan diri sebagai hamba 6) menghambai (??) - "tidak wujud"?? 7) mempersenjatai - memberikan/membekalkan senjata kepada 8) mempersenjatakan - tidak wujud 9) menghujani - mencurahkan/"bertanya" dengan banyak 10) menghujankan - melepaskan sesuatu Saya dimaklumkan bahawa perkataan "segala" adalah salah manakala perkataan "segala-galanya" adalah betul. Namun bukankah: 1) segala - semua 2) segala-galanya = semua-muanya (????)1) Memperakui = mengesahkan 
2) Memperakukan = menyetujui serta menyokong
3) Memperhamba =  memperlakukan sebagai hamba
4) Memperhambakan =  menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada
5) Menghambakan (diri) = menjadikan hamba 
6) Menghambai = mengabdi (kepada) 
7) Mempersenjatai = melengkapi dengan senjata
8) Mempersenjatakan = tidak wujud, perkataan yang betul ialah bersenjatakan 
9) Menghujani = 1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) dan 2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak
10) Menghujankan = 1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan dan 2. (maksud kiasan) menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak
11) Segala sama maksudnya dengan semua, sekelian, seluruh dan segenap.
Tatabahasa28.09.2012
12

Kembali ke atas