Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.rah.kan] | منچورهکن

Definisi : 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpah­kan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak­-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyum­bangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.rah.kan] | منچورهکن

Definisi : 1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-ba­nyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencurahkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
castingpenuanganKejuruteraanTiadaProses membentuk hasilan slip atau leburan logam dengan mencurahkan slip atau leburan logam tersebut ke dalam acuan.
casttuangKejuruteraanTiada2. Tuang: Proses membentuk hasilan slip atau leburan logam dengan mencurahkan slip atau leburan logam tersebut ke dalam acuan.
cement dump bailerpenimba curah simenKejuruteraanPetroleumBekas berbentuk silinder yang digunakan untuk melepaskan atau mencurahkan sejumlah simen ke dalam lubang telaga dalam operasi penyimenan pembaikan. Bekas ini mempunyai injap pada bahagian bawahnya yang boleh dibuka bila diperlukan (sewaktu simen dicurahkan).
beton brut/beton bruttkonkrit kasarKesenianSeni BinaKonkrit yang dibentuk supaya mempunyai permukaan yang kelihatan kasar dan tidak ditutup dengan sebarang lepaan. Bagi memastikan permukaan konkrit menjadi kasar, cetakan mukaan kayu atau acuan papan lapis akan digunakan untuk mencurahkan konkrit. Apabila konkrit telah mengeras, permukaannya akan mencerminkan balikan permukaan kasar acuan. Kaedah sebegini bertujuan untuk mengekalkan rupa tampak konkrit dengan menyerlahkan kemasan kasar yang diperoleh daripada mukaan acuan. Permukaan konkrit seperti ini telah digunakan pada bangunan seperti d�Habitation pada awal abad ke-20. Ia juga berkembang sebagai sebahagian daripada seni bina Brutalisme pada tahun 1960-an dan 1970-an. Perintis bagi kaedah ini ialah tokoh arkitek, Auguste Perret dan tokoh-tokoh arkitek moden yang lain.
empty chair techniqueteknik kerusi kosongPsikologiPsikologi UmumPendekatan dalam terapi Gestalt yang mengutamakan kesedaran mengenai perasaan klien. Dalam teknik ini, kerusi kosong diletakkan berdekatan dengan klien supaya dia dapat melahirkan perasaannya dengan membayangkan seseorang berada di atas kerusi tersebut yang akan mendengar segala rintihannya. Klien dalam terapi ini akan berasa lebih selamat kerana mencurahkan perasaan kepada individu dalam bayangannya yang tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepadanya.

Kembali ke atas