Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.da/] | مندادق

Definisi : (dgn) tiba-tiba, (dgn) tidak disangka-sangka, (dgn) serta-merta: ia ber­angkat dgn ~; perubahan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.da/] | مندادق

Definisi : (dgn) tiba-tiba; (dgn) serta-merta: Ia masuk ke bilik itu ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendadak


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
monomparoi Tbadat ketika berhuma.Hatinya berasa amat geram dengan perubahan yang mendadak itu. Baginya, menanam padi dua kali setahun itu akan melenyapkan adat monomparoi yang sudah dijalankan sejak lama. Lagipun penanaman padi dua kali setahun itu belum pernah dibuat.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ketam kelitak MSrsejenis ketam bakau.Tiba di satu selekoh, Anjang Husin membuat putaran yang mendadak. Beberapa ekor ketam kelitak yang merayap di dahan puncak pokok bakau yang separuh tenggelam, berterjunan ke dalam air bila terkena gegaran ombak dayung Anjang Husin.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tompek ambulung Bj Smlempeng sagu.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
embok-embok Bj Smdatuk, nenek.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas