Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.hu.lui]/[men.da.hu.lu.i] | مندهولوءي

Definisi : 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.hu.lui]/[men.da.hu.lu.i] | مندهولوءي

Definisi : 1 mencapai sesuatu matlamat lebih awal: Dlm perlumbaan itu, Ahmad telah ~ Ibrahim. 2 berada di hadapan: Ketika berjalan-jalan di pesta itu, Ana ~ kedua-dua ibu bapanya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendahului


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MACMILLAN, DONALD BAXTER

MacMillan, Donald Baxter (1874–1970),

penjelajah kutub Amerika yang banyak memberikan

pengetahuan tentang Greenland dan Artik Kanada.

Dia mendahului kepercayaan bahawa kawasan

glasier sedang bergerak ke selatan. MacMillan

menemui longgokan batu arang di kawasan sembilan

darjah dari Kutub Utara. Longgokan ini merupakan

sisa 36 jenis pokok dan menunjukkan bahawa iklim di

kawasan tersebut pada suatu masa dahulu tidak

sesejuk itu.

UMUM 
AMUNDSEN, ROALD

Amundsen, Roald (1872–1928), penjelajah

Norway, mengetuai ekspedisi yang pertama

sampai di Kutub Selatan. Amundsen dan empat

orang rakannya menemui kutub tersebut pada 14

Disember 1911. Mereka mendahului ekspedisi

Inggeris yang diketuai oleh Robert F. Scott lima

minggu lebih awal. Amundsen juga terkenal

kerana kerap membuat penjelajahan di Artik.

UMUM 
PETRARCH

Petrarch (1304–1374) ialah penyair dan sarjana Itali

yang agung. Puisi cintanya tidak ada saingan

pengaruh dalam dunia kesusasteraan. Dia juga

seorang sarjana yang dihormati sehinggakan

pemerintah dan Paus meminta khidmatnya. Petrarch

mendahului dalam menemukan kehebatan penulis-

penulis klasik dan membantu memulakan

pergerakan yang kemudiannya dikenali sebagai

humanisme . Penulis Latin seperti Cicero dan Livy

mungkin tidak akan dikenali hari ini sekiranya

Petrarch tidak menemui tulisan-tulisan mereka yang

terpadam dalam perpustakaan di biara-biara.

UMUM 

Kembali ke atas