Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.hu.lu.kan] | مندهولوکن

Definisi : 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus di­dahulukan drpd kerja sendiri; 2. mem­berikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.hu.lu.kan] | مندهولوکن

Definisi : 1 membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: Ia ~ kerja-kerja pejabat drpd kerja-kerja rumah. 2 memberi keutamaan kpd: Mereka telah ~ orang-orang susah dlm menyampaikan derma itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendahulukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hysteron proteronhisteron proteronKesusasteraanTiadaKiasan yang mendahulukan pernyataan pada aturan logiknya disebut kemudian, berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud "yang kemudian didahulukan."
inverted pyramidpiramid terbalikKomunikasiTiadaPenulisan yang mendahulukan bahan yang lebih penting manakala bahan yang kurang penting dikemudiankan. Ini kerana, apabila berlaku kekurangan ruang di dalam akhbar, bahan yang kurang penting boleh digugurkan tanpa menjejaskan berita berkenaan.
social pleaserpenggembira masyarakatUmumTiadaSeseorang yang suka mendahulukan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan diri sendiri. Sinonim people pleaser.
people-pleaserpenggembira orangUmumTiadaSeseorang yang suka mendahulukan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan diri sendiri. Sinonim social pleaser.
forward shufflesorong majuSukanTiadaPergerakan ke hadapan dengan mendahulukan kaki hadapan. Sinonim : quick advance
quick advancemara cepatSukanTiadaPergerakan ke hadapan dengan mendahulukan kaki hadapan.
deferred salebai‘ salamEkonomiEkonomi IslamAkad jual beli yang menghendaki pembeli mendahulukan harga dan penjual menangguhkan penyerahan barangan bagi suatu tempoh tertentu. Harga, jenis, sifat, kuantiti dan tempat serta tarikh penyerahan ditentukan semasa menandatangani akad. Akad ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pembeli dan penjual, iaitu pembeli tidak menanggung beban kenaikan harga dan penjual pula memperoleh tunai lebih awal. Contohnya, akad ke hadapan Islam. Sinonim jual beli salam.
inversionkebalikanKesusasteraanPuisiProses pembentukan dan susunan subjek dan predikat sesebuah kalimat. Dalam kes kebalikan, penyair mendahulukan bahagian predikat, misalnya 'Telah tumpah' kemudian baharu diikuti dengan subjek, 'Gerimis' petikan dari 'Telah tumpah gerimis' dari puisi "Bunga Gerimis" karya Siti Zainon Ismail.
splitt editsunting lengahKomunikasiTiadaPeralihan suntingan pada audio atau video daripada suntingan pertama ke suntingan kedua dengan cara mendahulukan atau melengahkan bahagian suntingan yang terdahulu atau terkemudian. Contohnya, sekiranya bunyi yang mengiringi adegan diperdengarkan dahulu sebelum visual, proses ini dipanggil suntingan lengah audio mendahului video. Sekiranya bahagian visual adegan itu pula ditunjukkan terlebih dahulu sebelum audio, proses ini dikenali sebagai suntingan lengah video mendahului audio. Dikenali juga sebagai suntingan berperingkat.

Kembali ke atas