Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.ki] | منداکي

Definisi : 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.ki] | منداکي

Definisi : 1 memanjat (bukit, gunung dll): Dia mencuba ~ gunung itu tetapi gagal. 2 makin naik atau meninggi: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa mengambil jalan yg ~ dan berliku-liku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendaki

Puisi
 

Kalau ke bukit sama mendaki,
     Kalau ke laut sama berenang;
Kalau kita bersatu hati,
     Kerja yang berat menjadi senang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crawler lanelorong mendakiKejuruteraan AutomotifTiadaLorong yang dikhaskan untuk kenderaan berat lalui semasa mendaki bukit. Sinonim: climbing lane.
climbing lanelorong mendakiKejuruteraan AutomotifTiadaLorong yang dikhaskan untuk kenderaan berat lalui semasa mendaki bukit.
mountaineeringmendaki gunungGeografiTiadaSukan atau rekreasi yang terlibat dengan pendakian gunung.
mountaineeringmendaki gunungPendidikanTiadaTiada
climbing bograwa mendakiGeografiTiadaTiada
climbing rippleriak mendakiGeologiTiadaTiada
climbing dunegumuk mendakiGeologiTiadaGumuk yang terbentuk di bahagian sisi gunung atau bukit yang terdedah kepada tiupan angin.
climbing bograwa mendakiGeologiTiadaKawasan berawa yang terelavasi, biasanya terdapat di tempat yang mempunyai musim panas yang pendek dan jumlah hujan turun yang banyak.
climbing formworkacuan mendakiKejuruteraanTiadaTiada
climbing formbentuk mendakiKejuruteraanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas