Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.daÖ.wa]/[men.da/.wa] | مندعوا

Definisi : 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau menge­muka­kan sesuatu sbg satu kenyataan atau ke­benaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.daÖ.wa]/[men.da/.wa] | مندعوا

Definisi : 1 menyampaikan aduan (tuduhan dll) kpd hakim atau mahkamah; menuntut: Isterinya enggan ~nya di mahkamah. 2 membuat pengakuan; mengaku: Mereka ~ bahawa agama merekalah yg benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendakwa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prosecutrixperempuan yang mendakwaUndang-undangTiadaTiada
standing to suekesediaan mendakwaEkonomiTiadaTiada
مشهودلةpendakwaAgama IslamFiqhOrang yang mendakwa ke atas orang lain berasaskan saksi-saksi tertentu.
theocracyteokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang mendakwa mewakili kekuasaan tuhan untuk mendapatkan keabsahan pemerintahan atau kerajaan yang dibentuk berlandaskan unsur ketuhanan atau keagamaan. Kerajaan sedemikian wujud semasa masyarakat belum dapat memisahkan kedudukan pemerintah atau raja dengan agama. Segala undang-undang, peraturan umum, sistem ekonomi, percukaian, pendidikan dan peraturan sosial kerajaan ini berasaskan keagamaan. Contohnya, kerajaan Eropah yang dikuasai oleh institusi gereja sebelum zaman kegemilangan atau Renaissance.
testimonytestimoniHerbaPeraturan dan PemasaranPernyataan oleh individu yang mendakwa suatu produk herba atau kosmetik telah memberi manfaat kepada/terhadap kesihatannya. Testimoni tanpa bukti saintifik ini tidak boleh diterima sebagai pembuktian keberkesanan produk.
greenwashingacah hijauAlam SekitarTiadaPemanipulasian maklumat oleh sesebuah organisasi yang mendakwa produknya mesra alam sekitar kepada orang awam.
criminal proceduretatacara jenayahSains ForensikTiadaTatacara perundangan jenayah yang diambil untuk mendakwa seseorang yang melanggar undang-undang jenayah.
moralitymoralKesenianSeni Bina1. Prinsip-prinsip mengenai perbezaan antara tingkah laku yang betul atau salah. 2. Pendekatan dalam seni bina yang berdasarkan prinsip moral yang mendakwa bahawa gaya seni bina harus jujur ??dan rasional serta mencerminkan keperluan masyarakat kontemporari. Prinsip moral ini telah berakar umbi dalam tradisi teori lama seawal zaman Pugin, Viollet-le-Duc dan Corbusier.
copyrighthak ciptaKomunikasiTiadaHak melalui undang-undang untuk mengguna, menjual atau mendapatkan lesen pemilikan intelektual seperti majalah, buku, video, filem dan sebagainya. Pemegang hak cipta boleh mendakwa sesiapa yang menggunakan harta intelektualnya tanpa kebenaran.
copyrighthak ciptaTeknologi Maklumate-PembelajaranHak melalui undang-undang untuk mengguna, menjual atau mendapatkan lesen pemilikan intelektual seperti majalah, buku, video, filem dan sebagainya. Pemegang hak cipta boleh mendakwa sesiapa yang menggunakan harta intelektualnya tanpa kebenaran. Contoh hak cipta ialah Adobe, Totara, Camtasia Studio 8 dan Google Apps for Education. Banding hak terbuka.
123

Kembali ke atas