Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.dam.pi.ngi] | مندمڤيڠي

Definisi : 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apa­bila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk ber­ada dekat dgn atau di sisi (seseorang), meng­hampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (meng­asingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.dam.pi.ngi] | مندمڤيڠي

Definisi : mengikut serta atau menyertai dekat-dekat; menemani: Dia selalu ~ gadis itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendampingi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fault springmata air sesarGeografiTiadaMata air yang terbentuk akibat lapisan batuan tak telap air mendampingi lapisan batuan telap air disebabkan proses sesaran.
analogueanalogKesenianDrama dan TeaterGaya bahasa dalam drama atau teater untuk menyatakan persamaan makna. Contohnya, bunga mawar merujuk kepada gadis rupawan, manakala pisau cukur merujuk kepada wanitayang mendampingi lelaki untuk mendapatkan kekayaan hartanya.
line microphonemikrofon talianKejuruteraanTiadaMikrofon yang sangat terarah, yang terdiri daripada suatu unsur garis lurus tunggal atau suatu tatasusunan tiub kecil selari yang panjangnya berbeza-beza, dengan satu hujung setiap tiub itu mendampingi suatu unsur mikrofon.

Kembali ke atas