Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.na.i] | منداناءي

Definisi : memberikan atau menyediakan dana utk atau kpd: kerajaan pusat telah ber­henti ~ projek yg melibatkan penggunaan tisu janin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.na.i] | منداناءي

Definisi : menyumbangkan atau memberikan dana kpd seseorang atau utk sesuatu tujuan: Kerajaan memang menyokong projek itu dan sedia ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendanai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. Saya telah berusaha mencari jawapan untuk soalan ini namun tidak berjaya. Mohon pencerahan dari pihak tuan. Bolehkah perkataan 'dana' digunakan sebagai kata kerja seperti 'mendanai'? Jika begitu betulkah penggunaan perkataan 'pendana' untuk merujuk kepada orang yang mengeluarkan dana?Untuk makluman tuan, dana merupakan kata nama. Perkataan "dana" boleh menerima menerbitkan perkataan lain seperti pendana dan mendanai tetapi penggunaan telah mantap sekiranya menggunakan pemberi dana dan memberi dana.Tatabahasa19.11.2013
Salam, saya ingin tahu jika perkatan 'didanakan' boleh digunakan atau tidak. Terima kasih.Selamat petang,
Untuk makluman tuan/puan, dana merupakan kata nama. Perkataan "dana" boleh menerima menerbitkan perkataan lain seperti pendana dan mendanai tetapi penggunaan telah mantap sekiranya menggunakan pemberi dana dan memberi dana. Sekian, terima kasih.
Istilah09.06.2016

Kembali ke atas