Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.dap] | مندڤ

Definisi : turun ke bawah dan bertimbun di dasar, mendak; mendapan segala benda (spt lumpur, pasir, dll) yg mendap; pemendapan proses dsb mendap; endap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.dap] | مندڤ

Definisi : turun ke bawah dan berlonggok di dasar (bkn pasir dll); mendak. memendapkan membiarkan benda-benda, spt pasir turun ke bawah; memendakkan. mendapan 1 lumpur, pasir dll yg turun ke bawah; mendak. 2 kejadian mendap: ~ tanah. kemendapan keadaan mendap. pemendapan perihal, perbuatan dsb mendap atau memendapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mendap
Rujuk :mendak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELODAK

Kelodak ialah bahan berpasir halus dan berselut

yang terdiri daripada zarah halus batuan yang

mendap ke bahagian dasar sungai dan kumpulan

air yang lain. Bahan yang mendap di dalam air

atau udara dikenali sebagai enapan. Contoh enapan

yang biasa ialah tanah liat, kelodak, pasir, tanih,

dan kelikir. Kelodak terdiri daripada zarah halus

yang berbeza-beza saiznya, iaitu bergaris pusat

daripada 0.004 milimeter hinggalah 0.0625 milimeter.

Kebanyakan tanah yang mengandungi longgokan lanar

adalah subur.

UMUM 
DELTA

Delta ialah tanah datar yang rendah yang

terdiri daripada tanah liat, batu-batu, pasir dan

endapan lain yang mendap di muara sungai.

Delta diberi nama sempena huruf Yunani delta ()

kerana kebanyakannya berbentuk segi tiga. Delta

terbentuk apabila air sungai mengalir ke dalam air

yang tenang dengan kelajuan dan kemampuannya

untuk membawa endapan menjadi kurang secara

tiba-tiba.

UMUM 
PASIR JERLUS

Pasir jerlus ialah jasad pasir yang amat halus.

Pasir jerlus ini biasanya terdapat di dasar sungai

dan tepi pantai. Jasad pasir ini mempunyai sifat

cecair disebabkan air yang mengalir melalui butir-

butir pasir dan menghalang pasir-pasir itu

daripada mendap.

UMUM 
TETELUK

Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar

yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan.

Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai

banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya,

banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab

persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan

Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir.

Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di

sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah

kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan

sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut.

Dalam kes lain, gelinciran berlaku – iaitu, kerak

bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang

menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam

kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan

yang tenggelam.

UMUM 

Kembali ke atas