Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pan] | مندڤن

Definisi : segala benda (spt lumpur, pasir, dll) yg mendap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.pan] | مندڤن

Definisi : 1 lumpur, pasir dll yg turun ke bawah; mendak. 2 kejadian mendap: ~ tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGIOPLASTI

Angioplasti ialah  teknik membuka arteri

yang tersumbat oleh mendapan kolesterol,

kalsium, dan bahan-bahan lain. Mendapan

sedemikian dinamakan plak .

UMUM 
MENCARI GALI

Mencari gali bererti mencari mendapan mineral

yang berharga. Pencari gali telah menjumpai

simpanan batu arang, petroleum, uranium dan

bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada

industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan

kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral

penting yang lain.

UMUM 
KIPAS LANAR

Kipas lanar ialah mendapan kelodak, pasir,

batu kerikil yang berlapis-lapis dan berselang-seli

dengan bahan lain. Pada umumnya garis susur

lanar berbentuk kipas.

UMUM 
ALUVIUM

Aluvium ialah tanah, pasir, batu kerikil, tanah

liat, kelodak, atau bahan-bahan lain yang

dimendapkan oleh air yang mengalir. Mendapan

aluvium berlaku apabila sungai atau anak sungai

berkurangan halajunya ketika mengalir menuruni

lereng gunung atau memasuki tasik, laut

pedalaman, atau teluk yang tenang.

UMUM 
PROJEK MINYAK SYAL RUNDLE

Projek Minyak Syal Rundle merupakan satu

rancangan untuk melombong bagi mendapatkan

minyak syal yang terletak di pantai timur Queensland,

Australia, kira-kira 30 kilometer ke barat laut

Gladstone. Mendapan itu mengandungi kira-kira

5000 juta tan metrik minyak syal. Di sebuah kawasan

kira-kira 15 kilometer persegi, lima telaga minyak syal

telah ditemui pada kedalaman antara 15 hingga 350

meter di bawah permukaan.

UMUM 
SANTIAGO

Santiago (pend. 4 385 481) ialah ibu negara dan

bandar raya yang terbesar di Chile. Ia merupakan

pusat kebudayaan, ekonomi dan pengangkutan

Chile. Santiago terletak di tengah-tengah Chile,

lebih kurang 144 kilometer di timur Lautan Pasifik

(lihat Chile [peta politik]). Pada tahun 1500-an,

harapan akan mendapat mineral ladang yang subur

dan mendapan mineral yang kaya mula-mula

menarik peneroka ke kawasan ini. Kini Santiago

longgokan bandar yang menarik dengan ciri seni

bina zaman penjajahan, jalannya yang lebar dan

taman-taman di lereng bukit.

UMUM 
TAKONIT

Takonit ialah batu keras yang mengandungi

lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk

halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya

terdiri daripada mineral yang dinamakan chert .

Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di

Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan

induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih

besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi

yang penting ini berada bertaburan dalam

kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer

dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi

dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida

hitam magnetit atau batu magnet dan oksida

merah hematit .

UMUM 
TELUK MORETON

Teluk Moreton ialah serokan yang besar di

pantai tenggara Queensland, Australia, kira-kira 29

kilometer dari Brisbane. Teluk Moreton

mempunyai pelabuhan di Sungai Brisbane

membentuk pintu masuk. Tiga buah pulau besar,

iaitu Bribie, Moreton dan Stradbroke Utara

mengelilingi sebahagian teluk ini. Pulau-pulau ini

merupakan kawasan pelancongan yang terkenal.

Pulau Stradbroke mempunyai mendapan mineral

pasir yang penting. Pulau Moreton dikenali dengan

bukit pasirnya, kadangkala ketinggiannya mencapai

275 meter.

UMUM 
ARAB SAUDI

Arab Saudi ialah sebuah negara yang besar di

Timur Tengah yang juga salah sebuah negara

pengeluar petroleum yang utama di dunia.

Kebanyakan kawasan negara ini terdiri daripada

gurun yang luas yang dihuni oleh sejumlah kecil

penduduk dengan sedikit atau tiada tumbuh-

tumbuhan. Tetapi, di dasar bumi Arab Saudi terdapat

mendapan petroleum yang terbesar di dunia.

UMUM 
SYAL MINYAK

Syal minyak ialah batu endapan yang lembut

dan berbutir halus. Daripada syal minyak

diperoleh minyak dan gas asli. Syal minyak terdiri

daripada lapisan kelodak berwarna coklat muda

dan lapisan kerogen yang lebih gelap, iaitu bahan

organik berlilin yang berasal daripada tinggalan

alga biru-hijau dan jirim hidup yang lain.

Mendapan batu syal yang banyak terdapat di

selatan Brazil, timur laut China, Estonia, Sweden,

dan Amerika Syarikat.

UMUM 
12

Kembali ke atas