Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pat] | منداڤت

Definisi : 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapat

Puisi
 

Ada yang datang waktu petang,
     Ada yang datang pakai kereta;
Tuahlah badan mendapat gelang,
     Mendapat cincin berbatu pula.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Mendapat kopi keras (= pahit).

Bermaksud :

Kena marah.

 

Lihat selanjutnya...(245)


Pantun

PantunSumberTema
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon bunga; Selama ini baru mendapat, Mendapat tuan bijak laksana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada yang datang waktu petang, Ada yang datang pakai kereta; Tuahlah badan mendapat gelang, Mendapat cincin berbatu pula.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tinggi-tinggi hari, si mata hari, Anak kerbau tertambat, mati tertambat; Sudah lama mencari, saya mencari, Baru sekarang mendapat, saya mendapat.Pantun Melayu SarawakBergendang
Kalau tidak mendapat upah, Manakan orang mahu berbeban; Kalau tidak mengingat sumpah, Manakan abang mahu bertahan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tidak mendapat api, Manakan tuan boleh membakar; Kalau tidak mengingat janji, Manakan tahan hamba bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Selama mendapat kedidi lubuk, Tidak berguna balam di rumah; Selama mendapat bini gemuk, Tidak berguna tilam di rumah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Satu keempat pukul lima, Baru mendapat hari nak siang; Hendak mendapat macam yang lama, Biar menjadi debu melayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Untuk apa membuat jermal, Supaya mendapat ikan pari; Untuk apa berbual beramal, Supaya selamat kemudian hari.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu pergi memukat, Sekali-sekali mendapat hiu; Kalau selalu berhati jahat, Famili benci umat berseteru.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau kail tidak bermata, Manakan boleh mendapat ikan; Kalau kecil tidak berguna, Mana boleh selamat kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1234567

Kembali ke atas