Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pat] | منداڤت

Definisi : 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapat

Puisi
 

Ada yang datang waktu petang,
     Ada yang datang pakai kereta;
Tuahlah badan mendapat gelang,
     Mendapat cincin berbatu pula.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Mendapat kopi keras (= pahit).

Bermaksud :

Kena marah.

 

Lihat selanjutnya...(245)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
euphoticeufotikBiologiEkologiBerkaitan dengan zon permukaan air yang mendapat permukaan air yang mendapat cukup cahaya untuk melakukan fotosintesis. Pada zon enfotik terdapat kepelbagaian organisma yang tinggi
majority governmentkerajaan majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat untuk menjalankan pemerintahan di sesebuah negara setelah mendapat kemenangan yang besar dalam pilihan raya. Kerajaan akan diwakili oleh pemimpin yang terdiri daripada parti yang mendapat sokongan terbanyak masyarakat dan parlimen untuk menerajui pemerintahan. Kerajaan ini biasanya mempunyai pemimpin popular yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) merupakan kerajaan majoriti Singapura yang memerintah negara itu sejak merdeka.
beneficially entitledberhak mendapat faedahUndang-undangTiada1. Mempunyai hak untuk mendapat faedah atau keuntungan.,2. Mempunyai hak yang mendatangkan atau membawa faedah.
civil rightshak sivilUndang-undangTiadaHak warganegara untuk mendapat layanan sama rata, contohnya untuk mengundi atau mendapat pekerjaa.
majority leaderpemimpin majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemimpin dari parti politik yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya. Pemimpin ini mempunyai sifat yang berwibawa dan berkarisma untuk menjadi seorang pemimpin yang unggul. Pemimpin majoriti merupakan pemimpin yang mendapat sokongan rakyat dan ahli parlimen untuk menerajui pemerintahan negara. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad pemimpin majoriti yang mendapat sokongan besar pengundi kawasan dan ahli parlimen.
second ballot systemsistem undi keduaSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo.
bai‘ isyrakjual beli berkongsiPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli aset secara berkongsi pada harga tawaran asal tanpa salah satu pihak mendapat keuntungan. Contohnya, A telah mendapat tawaran pembelian tanah dua hektar pada harga RM90,000 sehektar, tetapi tidak mampu dan telah mencari rakan kongsi untuk membeli tanah berkenaan. Pihak A mestilah memaklumkan harga tawaran asal kepada rakan kongsinya. Sinonim isyrak.
underfeedkurang makanVeterinarTiadaKeadaan apabila haiwan tidak mendapat makanan yang mencukupi seperti semasa musim kemarau dan banjir. Keadaan ini juga boleh berlaku kepada anak ternakan yang kematian ibu atau disisih ibunya, tidak berupaya untuk makan akibat kecacatan atau kecederaan. Kesannya, ternakan tidak mendapat keperluan protein dan tenaga harian yang secukupnya. Ternakan yang mengalami kekurangan makanan akan menyebabkan penurunan berat badan dan pertumbuhannya terencat. Selain itu, bagi ternakan dewasa akan mengalami pengurangan pengeluaran susu, daging dan telur di samping menjejaskan prestasi pembiakan. Bagi ternakan muda pula, sekiranya keadaan ini berlaku dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan ternakan lambat matang dan penghasilan sperma atau ovum yang berkurangan.
alternative voteundi alternatifSains PolitikPolitik PerbandinganKaedah pemilihan yang dilakukan untuk memilih calon yang mendapat undi majoriti. Kaedah ini dipraktikkan dengan mengarahkan pengundi menyenaraikan calon berasaskan kepada susunan kedudukan tertinggi dan terendah. Calon yang paling banyak mendapat kedudukan tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Kaedah ini diamalkan dalam parlimen Australia, pilihan raya umum Perancis dan pemilihan kepimpinan Parti Buruh Great Britain. Sinonim sistem pengundian alternatif.
soil analysisanalisis tanahArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah untuk menentukan umur tapak, menunjukkan proses terbentuknya mendapat dan keadaan lingkungan alam sekitar yang melibatkan pembentukan tanah. Kaedah ini dapat menentukan sama ada sesuatu tapak itu terhasil daripada mendapat semula jadi atau buatan manusia. Kaedah ini penting untuk menentukan sama ada artifak tersebut berasal daripada sesuatu tapak dan memberi maklumat tentang alam sekitar semasa pemendapan..
12345678910...

Kembali ke atas