Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud remaja cemerlang?Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mendapat kejayaan atau menerima keputusan peperiksaan yang sangat baik.Makna18.03.2012
Apa beza Sukses dengan Berjaya?

Sukses ialah hasil daripada sesuatu iaitu kegiatan dan usaha atau mendapat kejayaan kerana telah melakukan sesuatu, manakala berjaya ialah beroleh kemenangan dan mencapai keĀ­majuan. Tiada banyak perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut kerana ia membawa makna yang hampir sama.

Tatabahasa12.07.2021
Salam 1Malaysia, Apakah istilah yang sesuai untuk post mortem ujian dan peperiksaan dalam bahasa Melayu? Istilah bedah siasat tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Terima kasih.

Post mortem selalu digunakan bagi tujuan untuk melihat sama ada sesuatu projek itu telah mendapat kejayaan atau sebaliknya. Dalam konteks ujian dan peperiksaan bahasa Melayu, kami cadangkan pascanilai, contohnya pascanilai projek A.

Makna09.11.2009
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza??

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud  1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan;

Istilah01.11.2009
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
Peribahasa 'jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagunya' dan 'usaha tangga kejayaan', adakah perbezaan antara kedua-dua peribahasa tersebut? Jika ada, boleh tuan terang dengan lebih lanjut? Terima kasih.Usaha tangga kejayaan ialah slogan atau kata-kata hikmah yang membawa makna paling hampir dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Makna06.09.2017
Kejayaan pemain badminton menjuarai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak. (apakah kesalahan yang tuan temukan ?, buku kata menjuarai salah, tetapi saya agak susah untuk memahami)Ayat itu adalah gramatis. Menjuarai bermaksud menjadi juara dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa24.07.2011
saya ingin meneruskan pengajian di ipta..permohonan saya ditolak..saya mengharapkan bantuan...

Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas semangat dan keinginan saudara untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saudara perlu sentiasa beringat bahawa bukannya mudah untuk mencapai kejayaan. Ia memerlukan ketekunan dan keazaman yang tinggi. Tabah menghadapi kegagalah kerana kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran. Oleh itu jika saudara gagal untuk mendapat tempat di IPTA jangan putus asa, cari jalan penyelesaian yang lain seperti mendapatkan tempat di IPTS yang penting matlamat untuk saudara menyambung pelajaran dan memperoleh kejayaan akan tercapai di suatu hari nanti insyaallah.

Sekian selamat belajar dan selamat memperoleh kejayaan yang cemerlang

Lain-lain11.05.2010
Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global pada masa akan datang bergantung kepada kejayaan kita dalam menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan berkualiti. Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai penggerak utama pembangunan ekonomi negara. pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan pembangunan negara agar dapat berdayasaing di peringkat antarabangsa. Komitmen dengan gembelengan tenaga semua pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan memantapkan kualiti sistem pendidikan Malaysia hingga diterima di persada antarabangsa dan seterunya mendapat status berada di dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia.
Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas.
Lain-lain01.12.2020
Apakah jawapan bagi soalan di bawah?( PMR 2006). I Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di dewan itu. II Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. III Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan di sekolahnya. IV Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IVJawapan A. I sahaja yang tepat.Tatabahasa08.03.2010
12

Kembali ke atas