Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pat.kan] | منداڤتکن

Definisi : 1. pergi bertemu atau ber­jumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, men­ziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.pat.kan] | منداڤتکن

Definisi : 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah maksud perkataan “mendapatkan”, "pemerdapatan", "memperdapatkan" dan "diperdapatkan"? 2) Apakah perbezaan penggunaan perkataan "mendapatkan" dan "memperdapatkan"? Adakah perkataan "memperdapatkan" boleh diikuti dengan imbuhan -kan? 3) Adakah penggunaan perkataan "mendapatkan" "memperdapatkan", "pemerdapatan" dan "diperdapatkan" dalam ayat di bawah betul dari segi tatabahasa? Mendapatkan: "Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri."/ "Power to raise external loan" Memperdapatkan: "Kuasa untuk memperdapatkan pinjaman luar negeri."/ "Power to raise external loan" Pemerdapatan: "Peruntukan yang mengawal selia pemerdapatan pinjaman luar negeri." / "Provisions regulating the raising of external loans" Diperdapatkan: "bagi pembayaran balik atau pelunasan pinjaman yang diperdapatkan di luar Malaysia." / "for the repayment or amortization of loans raised outside Malaysia." Terima kasih atas bantuan Tuan/Puan.1. Untuk mencari maksud perkataan, tuan boleh memanfaatkan PRPM dan ambil data Kamus Dewan/Kamus Pelajar.
Contoh: mendapatkan bermaksud berusaha untuk memperoleh sesuatu. Tiada kata terbitan bagi pemerdapatan, memperdapatkan dan diperdapatkan.

2. Untuk melihat kata terbitan yang ada tuan boleh merujuk PRPM dan menulis perkataan berkenaan pada ruangan CARIAN. Apabila melihat makna satu demi satu kata terbitan yang ada, tuan akan dapat lihat perbezaan perkataan berkenaan.

3. Ayat yang betul ialah Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri.
Makna01.07.2021
mendapatkan vaksin Covid-19 atau mendapat vaksin Covid-19?
Kedua-dua perkataan "mendapatkan" dan "mendapat" boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.

Contoh:
Rizal telah mendapat vaksin COVID-19 dua hari yang lepas.
Rizal ke klinik itu untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
Tatabahasa05.08.2022
perbezaan penggunaan perkataan mendapat & mendapatkan contoh ayatSalam sejahtera,
mendapat ialah kata kerja transitif aktif dan diikuti dengan objek. Contoh, adik mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan. Mendapatkan ialah kata kerja transitif aktif dan boleh diikuti dengan satu atau dua objek. Sebagai contoh, Ani mendapatkan adiknya sebuah buku cerita.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.09.2020
Saya ingin mendapatkan senarai kata-kata Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Inggeris. Contohnya, Social Media dijadikan Media Sosial. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tersebut? Sekian terima kasih.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Saudara juga boleh mendapatkan hebahan terkini dalam laman sosial kami, iaitu melalui Facebook dan Instagram Dewan Bahasa dan Pustaka.

Istilah11.01.2019
INGIN MENDAPATKAN PENGESAHAN DAN PENCERAHAN BERKAITAN DEFINISI STRUKTUR TIDAK KEKAL STRUKTUR YANG MUDAH UNTUK DIPASANG DAN DI BUKA SEMULA SERTA BOLEH DIUBAH-UBAH LOKASINYA.

Kekal bermaksud dalam keadaan tidak berubah atau tetap pada kedudukan atau pada tahap yang tertentu, tidak bersifat sementara dan berterusan.

Berdasarkan makna tersebut, struktur tidak kekal boleh diterjemahkan kepada struktur yang berubah atau tidak tetap pada kedudukan, bersifat sementara dan tidak berterusan.

Makna29.10.2021
MAHU MENDAPATKAN SECARA JELAS ISTILAH 'METROPOLITAN'Metropolitan bermaksud:
1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis;
2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. 

Istilah12.07.2021
untuk mendapatkan nasihat menterjemahkan ayat berikut dalam Bahasa Melayu. Specialize in Marketing and Servicing all kind of water filter products inii adalah untuk tujuan papan iklan. sekian, terima kasih.Kami mencadangkan ayat tersebut diterjemahkan sebagai "Pakar bidang pemasaran dan penyelenggaraan semua produk penapis air"Penyemakan dan penterjemahan03.08.2020
Permohonan mendapatkan pengesahan Bahasa dari Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) bagi memastikan bahasa Melayu yang digunakan adalah tepat dan betul. Untuk pegiklanan jualan dan pemasarasn dikawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Untuk pengesahan iklan sila daftar iklan melalui dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan di Aras Bawah, Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak.

Lain-lain20.01.2020
INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN SAMA ADA AYAT DIBAWAH BOLEH DIGUNA PAKAI ATAU TIDAK. 1. KARISMA PERTUBUHAN, MANIFESTASI KECEMERLANGAN. 2. PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGAN.Lebih sesuai PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGANLain-lain11.02.2019
Ingin mendapatkan maklum balas yang betul tentang penggunaan palang(/) dalam ayat seperti contoh ayat di bawah: Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi / Agensi Pelaksana
Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi/Agensi Pelaksana   
(tiada jarak sebelum dan selepas tanda palang)
Lain-lain08.08.2018
12345678910...

Kembali ke atas