Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pat.kan] | منداڤتکن

Definisi : 1. pergi bertemu atau ber­jumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, men­ziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.pat.kan] | منداڤتکن

Definisi : 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapatkan


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
retrievingpenemubalikanmendapatkan semulamendapatkan semulaTeknologi Maklumat
retrieving recordspenemubalikan rekamanmendapatkan semula rekodmendapatkan semula rekodTeknologi Maklumat

Kembali ke atas