Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.rab.kan] | منضربکن

Definisi : mengalikan, mem­­perkalikan: bagaimanakah mem­per­oleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.rab.kan] | منضربکن

Definisi : mendarab sesuatu nombor dgn nombor lain: Apakah jawapannya apabila kita ~ 5 dgn 10? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendarabkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah penggunaan kata memperbanyakkan? Bukankah banyak merupakan kata adjektif dan kata adjektif tidak boleh hadir dalam imbuhan memper ... kan? Sepatutnya membanyakkan atau memperbanyak. Hasil carian dalam PRPM menunjukkan kata memperbanyakkan boleh digunakan. Mohon penjelasan.

Perkataan membanyakkan dan memperbanyak membawa maksud menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak dan menambah banyak. Walau bagaimanapun, entri perkataan memperbanyakkan dalam data PRPM membawa maksud mendarabkan, mengalikan, menggandakan. Berdasarkan Kamus Perdana DBP terbitan 2020, entri perkataan memperbanyakkan tidak wujud. Oleh itu, jika konteks yang digunakan membawa maksud menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak dan menambah banyak, hanya perkataan membanyakkan dan memperbanyak sahaja yang boleh digunakan.

Makna20.01.2021

Kembali ke atas