Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.sa.ri] | منداسري

Definisi : menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ pe­nu­lisannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendasari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
feedback learningpembelajaran maklum balasPendidikanTiadaKonsep penting yang mendasari teori behaviorisme iaitu pembelajaran seseorang berlaku hasil daripada pengalaman dan tingkah laku mereka yang lalu.
collective securitykeselamatan bersamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKonsep yang mendasari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang penggunaan kekerasan, yang terkandung dalam Perkara 2(4) Piagam PBB. Berdasarkan konsep ini, negara yang melakukan serangan terhadap negara lain boleh dianggap telah melakukan serangan terhadap semua anggota masyarakat antarabangsa. Oleh itu, tindakan boleh diambil secara bersama menerusi Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan sekatan ekonomi dan komunikasi sebagai langkah permulaan sebelum tindakan ketenteraan dilakukan. Namun, penggunaan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan boleh menimbulkan persoalan kesaksamaan dan keberkesanan.
character�s spinetunjang watakKesusasteraanTiadaVisi dan misi watak yang mendasari tema drama. Salah satu kaedah pengarah dan pelakon menginterpretasi peranan watak.
science fictionfiksyen sainsKesusasteraanTiadaFiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains.
oceanic crustkerak lautanSains MarinTiadaLapisan paling atas bahagian lautan plat tektonik yang terdiri daripada kerak lautan atas dan kerangka lautan yang lebih rendah. Jisim batuan igneus yang tebal terletak di bawah lantai lautan di antara jarak 6 km yang terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling atas tebalnya 500 m. Bahagian kerak bumi yang agak tipis mendasari lembangan lautan yang secara geologinya lebih muda berbanding dengan kerak benua dan terdiri daripada batuan basalt yang dilitupi oleh sedimen.
structural criticismkritikan strukturalKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji struktur teks sebagai sistem bahasa dan bagaimana makna teks dibentuk tanpa merujuk maklumat di luar teks. Kritikan ini berasaskan aliran strukturalisme yang bersumberkan idea ahli lingusistik, iAitu Ferdinand de Saussure. Idea Ferdinand merumuskan bahawa bahasa ialah suatu struktur, dan unit-unitnya hanya boleh difahami melalui hubung kait di antaranya dan sistem yang mendasarinya. Prinsip umum strukturalisme ialah segala aktiviti kehidupan manusia termasuklah persepsi dan pemikiran adalah hasil bikinan dan bukan wujud secara semula jadi. Kritikan struktural menganalisis sistem yang mendasari semua penjanaan makna sosial dan fenomena budaya. Kaedah ini memanfaatkan mahu yang menentukan hubung kait ini untuk membina makna dengan mengambil kira pertentangan binari antara elemen sastera dengan budaya tersebut.
separatist movementgerakan pemisahSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan untuk memerdekakan sesuatu daerah atau wilayah dari sesebuah negara yang dilakukan secara tidak sah atau tidak mengikut perlembagaan. Gerakan ini menuntut supaya kemerdekaan diberi untuk membolehkan mereka memerintah sendiri. Gerakan ini dilakukan secara kekerasan dan kadangkala dalam bentuk keganasan yang melampau sehingga mengorbankan nyawa. Gerakan ini juga boleh bersifat ketenteraan atau sivil yang bergerak secara sulit atau bawah tanah atau di bawah parti politik. Semangat nasionalisme selalu mendasari gerakan ini di samping faktor lain seperti keagamaan, penentangan kepada diskriminasi dan dominasi serta bantuan dari kuasa luar. Contoh gerakan pemisah yang masih aktif ialah Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Pembebasan Islam Moro di Filipina.
classicklasikKesusasteraanTiadaKategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional.

Kembali ke atas