Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.tang] | منداتڠ

Definisi : 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.tang] | منداتڠ

Definisi : 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatang

Puisi
 

Dari mana hendak ke mana,
     Dari rumput mendatang padi;
Dari mana tidaklah ke mana,
     Dendam tak luput di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
precede3. introduce, preface, mendahului: the captain of the home team ~d his speech by congratulating the visiting team, kapten pasukan tuan rumah mendahului ucapannya dgn mengucapkan tahniah kpd pasukan yg mendatang; 4. hold job, position before(so.) menjadi [sst] sebelum: she ~d me as headmistress of the school, dia menjadi guru besar sekolah itu sebelum saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas