Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.tang] | منداتڠ

Definisi : 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.tang] | منداتڠ

Definisi : 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatang

Puisi
 

Dari mana hendak ke mana,
     Dari rumput mendatang padi;
Dari mana tidaklah ke mana,
     Dendam tak luput di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemusykilan 1: MANA SATU YANG BETUL. a. Kami akan HADAPI segala rintangan yang mendatang. ATAU b. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang. Kemusykilan 2: Mana satu betul. Apakah maksud makanan seimbang? a. Makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. ATAU b. Makanan yang PENTING untuk keperluan tubuh.

1. Kami akan MENGHADAPI segala rintangan yang mendatang.

2. Makanan seimbang ialah makanan yang SESUAI untuk keperluan tubuh. Antara maksud seimbang ialah sesuai.

Tatabahasa18.10.2011
Betul ataupun tidak ayat ini? - Usahalah demi kejayaan mendatang, selagi nafas masih dapat dihembus.Untuk pengetahuan tuan, ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak ada sebarang kesalahan di dalamnya kerana jika diteliti, ia lebih merujuk kepada ayat dalam karya sastera..Karya16.12.2015
'Raised Pleating' dikenakan di bahagian 'yoke' bagi mengembangkan jubah dan memberi gantungan yang cantik. Apakah padanan perkataan 'Raised Pleating' dan 'yoke' pada ayat di atas di dalam Bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu bagi istilah raised pleating dan yoke ialah lisu timbul dan pelepah mendatang.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah26.08.2022
Salam... Saya amat berminat dengan bahasa dan penulisan. Apakah saluran yang betul untuk saya ikuti jika ingin menjadi salah seorang penulis tamu di DBP? Terima kasih.

Karyawan Tamu boleh dilantik  daripada warganegara atau bukan warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan yang boleh menyumbang ke arah memperkaya ilmu dan ketemadunan bangsa,  di peringkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa, selaras dengan perkembangan terkini dan mendatang.

Individu  yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan kertas cadangan tentang karya yang hendak dihasilkan. Kertas cadangan hendaklah mengandungi maklumat tentang biodata penulis, judul karya, sinopsis karya, isi kandungan karya dan kaedah kajian.

Permohonan boleh dihantar ke alamat berikut:

Ketua

Bahagian Pembangunan  Penerbitan,

Tingkat 13, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Pelaksana akan bermesyuarat untuk menilai dan memberikan keputusan untuk menerima atau menolak permohonan.

Lain-lain04.09.2010
Jika kerajaan srivijaya menobatkan bahasa melayu, saya ingin tahu dalam dielek apakah lingua fraca pada abad itu? Kerana kita tahun semua bangsa dan etnik kelompo melayu juga menganggap dielek merekalah yang benar2 linguaa franca pada zaman srivijayaBahasa Melayu menjadi lingua franca  (bahasa perantaraan) daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dan orang-orang yang mendatang, seperti pedagang dari Eropah dan Asia Barat, dan pengembara dari India dan China. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penelitian dan penyelidikan kerana pertanyaan saudara memerlukan kajian mendalam. Saudara juga boleh mengunjungi mana-mana Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut.  Lain-lain17.06.2009
Dengan berbuat demikian, kita lebih bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan yang diberikan oleh sekeliling orang manakala wahana Internet boleh menuntut ilmu pengetahuan kita tatkala kita melihat sesuatu perkara berita hantar gambar.Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini wahana Internet memainkan peranan yang vital makin membarah kita sukar mengawal diri untuk menepati masa tutup telefon yang sebaik-baiknya. Hal ini berpunca daripada maklumat yang tidak sihat telah diberi tumpuan oleh masyarakat dalam wahana Internet.Sehubungan dengan itu, kita tidak boleh mempengaruhi pemikiran yang sihat daripada orang lain.Setiap individu perlu menggalas tanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing. Apakah kesalahan tatabahasa dan kesalahan istilah dalam ayat semua di atas?Bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasihCadangan jawapan yang sesuai berdasarkan teks yang diberikan ialah seperti berikut:

Dengan berbuat demikian, kita lebih bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan yang mendatang melalui wahana Internet. Melalui Internet, kita dapat memperoleh ilmu pengetahuan sama ada melalui medium berita atau gambar. Dalam dunia yang membangun seiring dengan kemajuan sains dan teknologi, wahana Internet memainkan peranan yang penting kerana semakin sukar untuk kita mengawal diri daripada penggunaan telefon yang betul. Hal ini berpunca daripada maklumat yang tidak sihat yang telah disalurkan oleh warga siber dalam Internet. Oleh itu, setiap individu perlu menggalas tanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing.



Tatabahasa28.01.2021

Kembali ke atas