Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.tang] | منداتڠ

Definisi : 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.tang] | منداتڠ

Definisi : 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatang

Puisi
 

Dari mana hendak ke mana,
     Dari rumput mendatang padi;
Dari mana tidaklah ke mana,
     Dendam tak luput di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
futures tourjelajah mendatang/tur mendatangSukanTiadaTiada
yoke waistpinggang mendatangKesenianTiadaBlaus berpelepah mendatang, berbentuk segi empat pada bahagian hadapan dan belakang yang dihias dengan ropol berkedut di bawah pelepah mendatang, berpita kenyal bahagian pinggang dan beropol pada bahagian bawah pinggang. Pakaian wanita Eropah pada pertengahan tahun 1860-an hingga 1890-an.
yoke blouseblaus pelepah mendatangKesenianTiadaBlaus berpelepah mendatang, berbentuk segi empat pada bahagian hadapan dan belakang yang dihias dengan ropol berkedut di bawah pelepah mendatang, berpita kenyal bahagian pinggang dan beropol pada bahagian bawah pinggang. Pakaian wanita Eropah pada pertengahan tahun 1860-an hingga 1890-an.
yoke shirt waistkemeja pinggang mendatangKesenianTiadaBlaus berpelepah mendatang, berbentuk segi empat pada bahagian hadapan dan belakang yang dihias dengan ropol berkedut di bawah pelepah mendatang, berpita kenyal bahagian pinggang dan beropol pada bahagian bawah pinggang. Pakaian wanita Eropah pada pertengahan tahun 1860-an hingga 1890-an.
hip yokepinggul mendatangKesenianTiadaPelepah mendatang pada bahagian pinggul.
cape yokepelepah mendatang mantelKesenianTiadaMantel yang berpelapah mendatang pada bahagian bahu.
yoke linegaris pelepah mendatangKesenianTiadaGaris pada pola yang menentukan peletakan pelepah mendatang pada pakaian, skirt atau seluar.
yokepelepah mendatangKesenianTiada1. Bahagian pakaian daripada kepingan fabrik yang berasingan, merentasi bahu sama ada bahagian hadapan atau belakang pakaian. Pada pakaian sweater bahagian pelepah mendatang dikait selanjar dengan bahagian badan tetapi berbeza corak atau warnanya.,2. Bahagian atas skirt yang sama sendat yang bersambung dengan ikatan pinggang. Bahagian bawah skirt dicantum dengan kedut berjalur, pesak atau lisu.
horizontal seamkelim lintangKesenianTiadaKelim yang melintang pada pakaian seperti pelepah mendatang di bahu, garis empayar, dan pelepah mendatang di pinggul.
horizontal seamkelim lintangPentadbiran PerniagaanTiadaKelim yang melintang pada pakaian seperti pelepah mendatang di bahu, garis empayar, dan pelepah mendatang di pinggul.
12345

Kembali ke atas